suria

Mudah sangat nak nyah lipas selamanya dalam kabinet, guna bunjut 3 sekawan je! Nak lagi ‘kick’ tambah minyak urut

Seorang wanita berkongsi cara mudah menghalau lipas di rumah.

KABINET di dapur rumah menjadi lokasi paling digemari lipas untuk berkampung.

Selain meninggalkan bau yang busuk, biasanya ruangan simpanan perkakas dapur ini akan dipenuhi dengan najis serangga perosak tersebut.

Tapi jangan risau, menerusi hantaran di TikTok Nur Raissa, dia berkongsi cara untuk menghalau lipas di rumah menggunakan lima bahan mudah.

Bahan-bahan:

1. Kain berjaring

2. Bunga lawang

3. Bunga cengkih

4. Lada hitam

5. Minyak urut atau minyak angin

Antara bahan digunakan Raissa untuk menghalau lipas.

Sebagaimana diajar Raissa, masukkan semua rempah ratus yang dititik beberapa titisan minyak ke dalam kain jaring.

Kemudian, ikat kain tersebut seperti bunjut menggunakan gelang getah sebelum diletakkan ke dalam kabinet dapur.

Tiada sukatan tepat bagi rempah ratus yang digunakan.

Menurut wanita itu lagi, minyak yang digunakan berfungsi untuk mengekalkan bau-bauan daripada rempah ratus berkenaan.

Ujar Raissa dia menggantikan bunjut tersebut sebulan sekali sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain