suria

Cuci 10 minit, kain buruk jadi bersih dan wangi! Dah boleh tinggal cara lama rendam sampai busuk, berlendir

Ellie menunjukkan dua cara mudah untuk mencuci kain buruk yang kotor.

KAIN buruk atau kain lap biasanya digunakan untuk mencuci kotoran di bahagian dapur atau ruang lain.

Jadi tidak hairanlah sekiranya fabrik ini menjadi cepat kotor dan berdaki terutamanya selepas digunakan untuk mengelap tumpahan air atau kuah serta dapur berminyak setiap kali selepsai sesi memasak.

Namun begitu, masih ramai yang ragu-ragu mengenai cara yang betul untuk mencuci kain lap ini apatah lagi jika ia terlalu kotor dan terdapat kesan kotoran degil.

Bagi pembuat kek, Ellie Darus, dia mencuci kesemua lima helai kain buruk yang digunakan setiap hari untuk mengelap kotoran selepas sekesai kerja-kerja membuat kek.

Berikut kaedah yang dikongsi menerusi Instagram:

Bahan-bahan

1. Periuk khas

2. Sabun serbuk pencuci kain

3. Soda bikarbonat

Air rebusan yang dituang secara tidak langsung boleh membersihkan singki.

Cara-cara

1. Masukkan sabun pencuci yang dicampurkan dengan soda bikarbonat ke dalam periuk.

2. Kacau campuran tersebut bersama air sehingga sebati.

3. Letak periuk atas dapur dan nyalakan api.

4. Masukkan kain lap yang sudah kotor dan rebus selama 10 minit.

5. Selepas selesai direbus, tuang kain dan air rebusan ke dalam singki.

6. Buka paip dan gosok sisa kotoran menggunakan berus.

Kain buruk yang direbus perlu dibilas dan diberus.

Menurut Ellie, proses memberus tidak perlu dilakukan dengan kuat dan lama kerana kebiasaannya kotoran sudah tertanggal.

Selesai memberus, bilas kain dan sidai sehingga kering.

Kain tersebut buruk boleh digunakan semula dan wangi baunya jika mengikut kaedah diajarkan wanita ini.

Tambahnya, air rebusan yang dicurah ke dalam singki secara tak langsung bertindak membersihkan corong saluran air.

Bagi Ellie, cara diajarkan ini lebih mudah berbanding menggunakan teknik rendaman dua hingga tiga jam dan akhirnya menjadi dua hingga tiga malam.

Kaedah tersebut katanya hanya akan membuatkan kain berbau dan berlendir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain