suria

Ada aircond tapi kurang sejuk? Anda mungkin pasang di tempat yang salah, elak letak di 3 ruang ini

Aircond perlu dipasang di tempat yang betul agar dapat berfungsi sepenuhnya. -Gambar hiasan

PENDINGIN hawa atau aircond merupakan salah satu alat elektronik yang diperlukan oleh masyarakat masa kini terutamanya ketika cuaca panas.

Jika anda telah membeli unit aircond baharu, jangan lupa memilih ruang atau lokasi yang betul untuk memasangnya.

Apabila dipasang di tempat yang salah, aircond tidak akan berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan masalah lain di rumah anda.

Sebagai panduan, berikut adalah tiga ruang dalam rumah yang perlu anda elakkan untuk melatakkan unit aircond.

1. Bahagian rumah yang lebih panas

Apabila dipasang di tempat yang panas dengan banyak cahaya matahari, aircond anda terpaksa 'bekerja' dengan maksimum.

Kawasan yang harus dielakkan adalah di bahagian tingkap dan dapur.

file6vnzq5jbb4wxj181g72

Aircond menjadi keperluan khususnya ketika cuaca panas. -Gambar hiasan

2. Hindari lokasi tersembunyi

Sesetengah pemilik rumah cuba menyembunyikan aircond daripada pandangan kerana mahu menjaga nilai estetik.

Namun begitu, elak menyembunyikannya di sebalik tumbuhan, almari atau perabot. Unit aircond memerlukan peredaran udara yang lancar untuk berfungsi dengan baik.

Apabila disembunyikan, aliran udara akan tersekat dan menyebabkan udara panas beredar semula, sekali gus mengurangkan kecekapan penyejukannya.

3. Hindari kawasan dan bahan mudah terbakar

Aircond cenderung menggunakan banyak tenaga, dan jika ia disekat oleh peralatan penghasil haba yang lain, kebakaran boleh berlaku.

Walaupun ini bukan peraturan yang muktamad, sebaiknya letak peti sejuk, televisyen, mesin basuh, lampu dan barangan elektrik lain jauh dari unit aircond untuk mengelakkan kebakaran.

Selain itu, barangan seperti kertas dan daun hendaklah disimpan sekurang-kurangnya tiga meter dari unit aircond anda. - Home Digest.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain