suria

Serbuk minuman selalu masuk angin, jadi keras! Rupanya ada bahan penyelamat, lega akhirnya dapat tahu

Wanita berkongsi tip elak serbuk minuman atau rempah di dalam bekas kedap udara bertukar keras.

BOLEH dikatakan hampir semua rumah di Malaysia mempunyai serbuk bancuhan minuman seperti Milo, Nescafe, Horlicks dan sebagainya.

Namun, serbuk minuman ini kadang-kala boleh menjadi keras dan berketul sekiranya ia tidak disimpan dengan cara yang betul.

Menurut Fasz Nadiah atau Nad, dia menggunakan oxygen absorber iaitu serbuk iron penyerap oksigen bagi mengatasi masalah berkenaan.

serbuk2

Paket kuning dan hijau mempunyai fungsi sama untuk jenis makanan berbeza.

"Pernah tak serbuk Milo, Nescafe dan Horlicks korang jadi keras? Dah simpan dalam bekas kedap udara masih jadi macam tu juga walhal tarikh luput lama lagi.

"Hari tu ternampak kat Facebook orang kongsi mereka guna oxygen absorber (food grade) ni dekat dalam bekas Milo, Nescafe atau apa-apa serbuk.

serbu3

Bahan ini juga boleh digunakan untuk menyimpan ikan bilis.

"Jangan guna silica gel (non food grade) sebab tak sesuai letak dalam bekas makanan. Nak cari, carilah jenis yang food grade macam ni, dijamin selamat," ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.

Menurut wanita itu, oxygen absorber yang dijual dalam paket berwarna kuning sesuai diletakkan di dalam bekas berisi serbuk Milo, tepung, serbuk rempah, ikan bilis, serbuk bawang putih atau serbuk teh.

Paket berwarna hijau (food desiccant) pula sesuai untuk simpanan makanan seperti kekacang, biskut serta kerepek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain