TEBAL, berat dan besar. Atas sebab ini, toto atau 'comforter' lebih sukar untuk dicuci berbanding cadar, selimut atau pakaian biasa. Malah, ada yang sanggup berhabis wang dengan menghantar comforter ke dobi kerana tidak mahu 'pening kepala' mencuci di rumah. Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Nurul Ain Syed Mohamad berkongsi teknik cucian comforter yang boleh anda lakukan di rumah. "Dulu selalu pakai cara A, namun selepas jumpa cara basuh comforter, toto atau selimut dengan betul, sekarang saya guna cara B pula. Katanya pusat dobi pun guna cara yang sama," ujarnya. Comforter yang tergumpal sebegini lebih sukar untuk dibersihkan. Cara-cara: 1. Gulung comforter sebelum masuk mesin basuh. Gulung ikut saiz mesin basuh. 2. Masukkan ke dalam mesin basuh secara menegak. 3.Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya memang bersih dan material tak rosak. Info tambahan -Perlu letak cecair pembersih/pewangi pakaian. -Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja. -Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau, perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu baru boleh masuk mesin. -Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube