suria

Jangan buang petai kecut, bazir! Ada cara nak selamatkan, bau pun kurang ‘menyengat’

Petai kecut kembali segar selepas direndam di dalam air. -Gambar hiasan

APA jua makanan, tekstur dan rasa asalnya pasti berubah apabila ia terbiar lama.

Begitu juga dengan petai yang akan kecut apabila diletakkan terbiar di sudut dapur anda dalam jangka masa panjang.

Kadang-kala, petai siap dikupas yang dijual di pasar raya juga mudah kecut, sekali gus membuatkan kita hilang mood untuk menjamahnya sebagai ulam atau dibuat masakan.

Menurut Ida Shahida menerusi Facebook, dia menggunakan petua rendaman air untuk mendapatkan semula tekstur petai yang kecut, malah teknik itu juga dapat mengurangkan baunya.

file7gt08jmnjttwxjvo1df

Petai boleh dimasak sebagai lauk atau dimakan mentah seperti ulam. -Gambar hiasan

“Dah 14 tahun saya amalkan petua ni. Jika ada jualan petai yang dah kecut saya terus beli sebab saya perlu rendam dulu petai tu. Saya tak suka makan petai yang baru atau segar bugar, baunya terlalu kuat. Maka terhasillah petua ini.

“Jadi teknik saya ini membolehkan anda membeli petai yang sudah kecut atau yang murah-murah berbanding harga yang segar bugar.

"Sebabnya nanti apabila dah direndam dalam air, petai anda akan jadi bersinar sinar dan segar bugar,” ujar wanita itu.

Cara-cara

1. Kupas kulit petai dan keluarkan kesemua isinya.

2. Masukkan petai dalam bekas bertudung, tambah air biasa sehingga keparas tudung dan tutup rapat.

3. Masukkan bekas berisi petai ke dalam peti ais ditempat yang biasa, minima lima jam.

4. Dengan cara ini, petai akan mengembang berbanding bentuk asalnya yang telah mula kecut.

5. Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tadi tidak lagi berbau kuat sebab baunya keluar bersama air tadi.

Sebagai peringatan, jangan rendam petai melebihi 10 hari kerana rasanya akan bertukar tawar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain