KENAIKAN harga barang menyebabkan sebahagian besar rakyat negara ini terpaksa menjalani kehidupan dengan berjimat-cermat. Kesukaran ini pastinya lebih terasa buat mereka yang berkeluarga, ditambah pula dengan kos persekolahan anak-anak dan sebagainya. Untuk memastikan kestabilan kewangan anda, apa kata ikuti 10 tip yang dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nu Ha. Menurut wanita itu, dia turut mengamalkan konsep first in first out (FIFO) dalam pengurusan stok keperluannya dalam usaha untuk menjimatkan perbelanjaan. Jangan lupa buat senarai semak barang keperluan ikut kategori. -Gambar hiasan 1. Dapat gaji, selesaikan komitmen dahulu. Asingkan duit simpanan, komitmen dan perbelanjaan ikut kategori. 2. Beli dan borong ketika ada jualan murah. Simpan buat stok (periksa tarikh luput ya). Elak membeli ketika gaji (cenderung terlebih belanja, maklumlah tengah banyak duit). Cuba perhati dan banding harga pada minggu gaji dengan dua minggu sebelum gaji. Biasanya lebih murah sebelum gaji. 3. Pantau harga beberapa pasaraya. Pilih harga terbaik. Buat kad ahli, boleh tebus mata ganjaran dalam bentuk baucar/kupon tunai. Ambil kira juga jarak, kos minyak dan masa untuk bandingkan penjimatan. Saya buat kad ahli Lotus, Bonuslink dan Watson. ARTIKEL BERKAITAN: Menabung pun selalu ‘terbabas’, boleh ke beli rumah? Teliti 8 tip ini sebelum putuskan miliki kediaman sendiri 4. Buat senarai semak barang keperluan ikut kategori (barang dapur, penjagaan diri, pakaian, dan lain-lain). Tuliskan barang yang perlu dibeli, kuantiti, bajet harga dan pasaraya. Untuk elakkan terlebih stok dan expired, Amalkan konsep FIFO. 5. Ikuti media sosial (Facebook) pasaraya terdekat supaya mudah anda dapat info jualan murah barang-barang keperluan. Rakyat perlu bijak berbelanja dan elak melakukan pembaziran. -Gambar hiasan 6. Beli ikut portion yang diperlukan. Contoh berapa kuantiti sayur, buah dan lauk basah untuk bilangan ahli keluarga dalam seminggu atau dua minggu. Beli sayur dan lauk yang murah tapi berkualiti. Jika rasa sumber protein telur dan ayam mahal, tukar kepada alternatif lebih murah iaitu ikan bilis, tauhu dan tempe. 7. Masak sendiri di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Belajar masak sendiri menu yang kita suka makan tapi mahal harganya jika beli di kedai. Boleh tukar corak pemakanan kepada yang lebih sihat juga, kurangkan fast food dan junk food. 8. Boleh mula berkebun, tanam sayur keliling rumah jika punya ruang/tanah. 9. Potong perbelanjaan tak perlu. Pilih jenama affordable. 10. Buat kerja part time cari side income atau berniaga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube