KECIL bukan sebarang kecil. Meskipun saiznya hanya sebesar jari manusia, ramai sebenarnya yang takut, geli atau fobia dengan cicak. Malah, ramai yang sakit hati apabila melihat lantai atau ruang lain di kediaman mereka dipenuhi dengan tahi cicak. Berikut dikongsikan beberapa petua do it yourself (DIY) untuk anda menghalau cicak. Cicak tidak menggemari bau bawang yang kuat. -Gambar hiasan 1. Lada hitam Jika anda mahu menghalau cicak tanpa membunuhnya, anda sebenarnya boleh membuat semburan lada hitam sendiri di rumah. Anda hanya perlu semburkan campuran air dan lada hitam pada laluan cicak atau di kawasan dalam rumah. Jika tidak mempunyai lada hitam, anda boleh menggantikannya dengan serbuk cili merah, sos pedas, atau kepingan cili merah yang hanya perlu dicampur dengan air. 2. Bawang Bawang mempunyai bau kuat yang menyerang deria cicak dan merupakan pendekatan yang baik untuk menghalau tanpa membahayakannya. Akibatnya, cicak kurang berkemungkinan untuk kembali ke lokasi atau ruang yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Senang hati dapat tangkap cicak di rumah... Ini cara jimat buat perangkap sendiri, dijamin anti gagal! Untuk menghalau cicak, letakkan beberapa hirisan bawang merah atau ulas bawang putih mentah di seluruh rumah anda. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam botol plastik dengan sedikit air dan gunakannya sebagai semburan penghalau cicak untuk rumah. Anda boleh merendahkan suhu rumah untuk menghalau cicak. -Gambar hiasan 3. Serai Serai, dengan baunya yang unik adalah cara terbaik untuk menghalau cicak sambil mengekalkan persekitaran rumah anda dengan aroma harum. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu meletakkan beberapa potongan serai di tempat rawak atau laluan cicak di dalam rumah anda. 4. Rendahkan suhu rumah Cicak tidak suka suhu sejuk, jadi cuba kurangkan suhu bilik menggunakan penyejuk dan penghawa dingin. Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk menjauhkan cicak dari rumah anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube