suria

Asyik tunggu rider! Ini 4 tanda tabiat pesan makanan online anda berada di tahap teruk, membimbangkan

Kewujudan khidmat penghantaran makanan memudahkan urusan manusia. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN aplikasi memesan makanan secara dalam talian ternyata membantu kita untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga.

Anda tidak perlu keluar ke mana-mana, sebaliknya makanan yang dipesan akan dimasak di restoran sebelum ia dihantar oleh rider terus ke pintu rumah.

Namun, ahli psikologi Klinik Cleveland Dr Susan Albers turut melihat kemudahan yang wujud ini dari sudut pandang yang berbeza dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang kurang baik untuk manusia.

"Aplikasi penghantaran makanan memang berguna dan mudah. Ia membantu orang yang sangat sibuk kerana makanan datang terus kepada anda," kata Dr Albers.

Kelemahannya ialah akses kepada makanan yang sangat mudah kerana ia boleh digunakan 24 jam sehari.

"Bagi sesetengah orang, ini boleh menjadi masalah. Aplikasi penghantaran makanan tidak menyebabkan gangguan makan atau masalah makan, tetapi ia boleh menjadi alat yang memudahkan tingkah laku ini," ujar Dr Albers lagi.

'riderr

Ramai rakyat negara ini turut memilih kerjaya sebagai rider penghantar makanan. -Gambar hiasan

Jelasnya, aplikasi dalam talian ini juga membolehkan orang ramai mempunyai akses kepada pelbagai restoran dengan banyak pilihan.

Ia juga dipermudahkan oleh perkhidmatan penghantaran, menjadikannya semakin sukar untuk kita mengawal tabiat pemakanan kita.

Terdapat beberapa tingkah laku yang menunjukkan tabiat memesan makanan secara dalam talian telah menjadi tabiat buruk.

Contohnya:

1. Berasa malu, menyesal atau bersalah semasa memesan makanan.

2. Memesan makanan dalam kuantiti yang banyak.

3. Makan sendiri atau secara sembunyi.

4. Menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk aplikasi penghantaran makanan

Boleh jadi tanda depresi dan gangguan kecemasan

Tabiat menggunakan khidmat penghantaran makanan yang kerap juga boleh menjadi gaya hidup yang menjejaskan kewangan dan kesihatan.

rider2

Rider akan menghantar makanan dari restoran ke kediaman anda. -Gambar hiasan

"Menggunakan aplikasi penghantaran makanan terlalu kerap boleh menjadi tanda gangguan makan berlebihan atau sejenis gangguan makan yang bermasalah," jelas Dr Albers.

Dia mencadangkan individu terbabit agar berjumpa dengan doktor untuk menentukan sama ada tingkah laku ini berkaitan dengan kesihatan mental atau sebaliknya.

"Lebih teruk jika kita tidak lagi mahu pergi ke restoran atau membeli barang di kedai runcit secara bersendirian, ini merupakan satu red flag.

"Ia boleh menjadi tanda kemurungan atau kebimbangan. Jadi, ini tidak semestinya hanya menunjukkan masalah pemakanan, tetapi ada faktor lain di sebaliknya," kata Dr Albers. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain