suria

Tak susah nak cuci pintu kayu, ikut tip mudah ini... Kalau kena gaya, boleh tahan berpuluh tahun

Pintu kayu yang dijaga dengan baik pastinya dapat bertahan lebih lama. -Gambar hiasan

KAYU merupakan material terbaik untuk dijadikan sebagai pintu kediaman.

Bagi mereka yang mempunyai pintu kayu di rumah, sangat penting untuk menjaganya dengan betul supaya ia tahan lama.

Jika kena cara penjagaannya, pintu kayu di kediaman anda pasti dapat digunakan sehingga berpuluh-puluh tahun.

Berikut kami kongsikan empat cara membersihkan pintu kayu tanpa merosakkannya:

1. Bersihkan habuk dengan kerap

Untuk membersihkan habuk pada pintu kayu, hanya gunakan kain lembut atau penyapu berbulu.

Bersihkan kawasan celah dan ukiran, kerana kawasan ini sering menjadi tempat pengumpulan habuk.

1757722

Pintu kayu menjadi penyeri rumah-rumah Melayu lama. -Gambar hiasan

Apabila anda selesai membersihkan debu, lap pintu dengan kain lembap untuk mengeluarkan sebarang sisa.

Untuk hasil terbaik, bersihkan pintu anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

2. Guna cuka

Jika terdapat kesan pada pintu kayu di rumah, bersihkan dengan larutan cuka.

Komposisi, campurkan cuka dan air ialah nisbah 1:4.

Dengan bantuan kain lembut atau span, perlahan-lahan gosok pintu dengan larutan cuka.

Pastikan anda membilas pintu dengan baik selepas itu dengan air bersih untuk mengeluarkan sebarang sisa cuka.

Jika masih terdapat kesan degil, anda boleh menggosoknya dengan pes yang diperbuat daripada soda penaik dan air dalam nisbah 1:1.

3. Bersihkan pemegang atau tombol pintu

Untuk membersihkan pemegang pintu, mulakan dengan mengeluarkan habuk menggunakan kain microfiber kering.

file6pruy9pyv6c1lxtfaf8t

Anda juga boleh membersihkan pintu kayu menggunakan cuka. -Gambar hiasan

Selepas itu, sapukan sedikit cecair pembersih serba guna pada kain dan lap pemegang sekali lagi.

Seterusnya, bilas pemegang dengan air bersih dan keringkan.

4. Guna pengilat kayu

Anda boleh menyapu pintu menggunakan pengilat kayu.

Pengilat ini sesuai digunakan pada pintu bilik mandi.

Ia bukan sahaja membantu menyamarkan kotoran, tetapi boleh memulihkan kilauan pintu.

Hanya sapukan sedikit penggilap pada kain bersih dan gosokkannya pada pintu dengan gerakan membulat.

Selepas menyalut seluruh pintu, gosokkannya sekali lagi dengan kain kering untuk mengeluarkan sebarang sisa yang tinggal. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain