SETIAP kali dapat gaji, pasti ramai yang akan membeli-belah untuk menambah koleksi pakaian dalam wardrobe masing-masing. Sampai satu tahap, almari menjadi penuh dengan pakaian, sekali gus membuatkan si pemilik rimas untuk menguruskannya. Menurut Hani Mynis menerusi perkongsian di Facebook, anda sepatutnya membuat spring cleaning pakaian yang dimiliki secara berkala. Jom semak tujuh tip pengurusan pakaian: 1. Spring cleaning Kena buat spring cleaning baju yang banyak, sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju. Baju yang dah tak muat boleh diberi kepada orang, baju yang koyak boleh dibuang. Begitu juga dengan tuala serta cadar yang kotor, ia juga perlu dibuang. Pakaian yang tersusun kemas boleh memberi ketenangan minda buat penghuni rumah. 2. Satu masuk, satu keluar Gunakan 'rule' ini, satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baharu masuk, jangan beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, inilah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yang kita takkan pakai, bolehlah dijual atau diberi orang. 3. Penyangkut baju Gunakan penyangkut baju yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam. 4. Gosok awal Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja. Baju perlu dijaga dengan baik agar kualitinya dapat kekal lama. 5. Tuala Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kami tak ada dryer. Sediakan dua tuala untuk tetamu. 6. Cadar/sarung bantal Untuk cadar dan sarung bantal - masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Ini akan memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas. 7. Lebihan pakaian Mana-mana pakaian yang lebih, yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu bertahun) dan pastikan bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube