SEPERTI yang kita ketahui, kediaman merupakan perkara yang paling penting untuk keluarga berlindung. Tempat yang kita panggil sebagai kediaman ini mempunyai pengaruh besar dalam kesejahteraan dan pertumbuhan kehidupan seseorang atau pun berkeluarga. Kerana itu, pilihan melabur untuk kediaman baharu di kawasan perbandaran yang meriah serta dikelilingi kehijauan adalah keputusan tepat dalam pemilikan dan pemilihan kediaman baharu. Kini, Matrix Concepts memperkenalkan Eka Heights, sebuah perbandaran baharu di Seremban, Negeri Sembilan yang baru melancarkan fasa pertama baru-baru ini. Projek bersepadu merentasi 150 hektar ini bakal menjadi sebuah komuniti baharu yang menawarkan kediaman dengan suasana nyaman, berdekatan dengan kemudahan yang tersedia dan reka bentuk yang moden dan disusun secara sistematik pastinya menarik perhatian pembeli yang bijaksana. Sama ada anda seorang profesional yang mencari rumah pertama, atau keluarga yang sedang berkembang mencari lebih banyak ruang, Eka Heights menawarkan gabungan keselesaan dan kondusif. Taman ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk beriadah, gelanggang bola keranjang dan trek joging. -Lakaran Pelukis Syurga kediaman Eka Heights juga menawarkan tempat perlindungan yang tenang dan diliputi keindahan alam semula jadi yang menghijau serta pemandangan tasik yang mengagumkan sekali gus memberikan pengalaman hidup yang tiada tandingannya. Terletak bersebelahan dengan Taman Mageka yang megah, penduduk bakal berada dalam keseronokan dengan persekitaran semula jadi yang berangin, serta akses mudah ke pelbagai kemudahan dan fasiliti. Taman seluas 6.3 hektar ini, lengkap dengan tasik yang terletak di tengah-tengah pembangunan, menjanjikan keselesaan dan kegembiraan kepada penghuni Eka Heights untuk beriadah atau menjalani aktiviti petang dan bersantai bersama keluarga dan jiran tetangga. Selain itu, ia boleh dijadikan lokasi terbaik untuk merakam memori indah mahupun koleksi paparan di media sosial seperti Instagram. Taman yang direka dengan teliti dan ideal ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan kecergasan serta trek joging sekali gus membuktikan komitmen pemaju untuk menyediakan kehidupan holistik dan memupuk kehidupan sihat kepada penghuni Eka Heights. Taman Mageka seluas 6.3 hektar dengan tasiknya yang tenang terletak di tengah-tengah Eka Heights. -Lakaran Pelukis Kehidupan yang lancar Eka Heights terletak di Seremban, Negeri Sembilan dan juga merupakan dalam pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang menjadi pusat penjanaan ekonomi di Negeri Sembilan termasuklah penaiktaraf infrastruktur, perindustrian yang pastinya memberi kesan positif kepada penghuni Eka Heights. Selain itu, lokasi Eka Heights juga mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage. Pemilik Eka Heights dapat menikmati perjalanan yang cepat kerana mempunyai akses terus ke KLIA. Dengan lebuhraya ini, ia mampu mengurangkan tempoh ulang-alik juga bermakna memberi lebih banyak masa berkualiti di rumah. Sama ada untuk bekerja, beriadah atau melancong, penghuni Eka Heights boleh menikmati kemudahan-kemudahan ini yang dapat meningkatkan mutu kehidupan mereka. Kediaman Eka Heights disusun cantik dengan reka bentuk moden dan ciri hijau. -Lakaran Pelukis Kemudahan di setiap sudut Projek ini juga bakal memperkenalkan hab komersialnya yang akan datang iaitu Eka Biz yang terletak di sebelah taman tasik untuk memastikan kemudahan penghuni Eka Heights dengan jarak perjalanan yang dekat. Eka Biz juga akan berfungsi sebagai destinasi sehenti untuk semua keperluan penting sama ada barangan runcit atau perkhidmatan harian. Mampu milik Terdapat 10 presint yang akan dibina di Eka Heights dengan sejumlah 3,620 unit kediaman dan 25 unit komersial tersedia. Fasa pertama projek ini mendapat maklum balas positif dengan 80% terjual dalam tempoh sebulan. Pelancaran fasa kedua Eka Heights 3A Lumina II dijadualkan pada 1 November 2023. Presint ini mempunyai 275 unit rumah dua tingkat yang direka untuk setiap generasi. Setiap unit dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, keluasan setiap lot adalah antara 20’x70’ hingga 20’x75’. Eka Heights Lumina II bakal menjadi kediaman ideal untuk anda terutamanya yang mencari rumah pertama dengan harga bermula daripada RM360,000. Untuk maklumat lanjut, boleh layari ekaheights.com atau hubungi talian 1-800-88-2688. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube