suria

Kecewa tanaman mati atau tak menjadi? Ikut saja 6 pantang larang ini selepas tanam pokok

Tanaman akan mati jika salah teknik penjagaan. -Gambar Facebook

BERCUCUK tanam merupakan satu terapi atau aktiviti masa lapang yang menyeronokkan.

Nampak mudah tapi sebenarnya menanam pokok bukanlah satu kerja ringan seperti yang disangka.

Tidak hairanlah jika ramai yang berputus asa apabila pokok yang ditanam mati atau tidak tumbuh sihat meskipun dijaga dengan baik.

Bagaimanapun, masalah ini boleh dielakkan sekiranya kaedah yang betul digunakan apabila bercucuk tanam dan menjaga menjaga tanaman.

Berikut adalah lima tip dikongsikan Liyana Mohd Poad yang boleh diambil perhatian oleh mereka yang berminat dalam aktiviti ini.

1. Kerap letak baja pada anak pokok belum matang usia

Kesannya, daun-daun anak pokok akan melecur sehingga kelihatan seperti terbakar serta menjadi kekuningan dan seterusnya menjadi layu dan gugur.

Jika ia berterusan berlaku, siram anak pokok dengan kuantiti air yang banyak untuk nyah baja yang telah diserap ke dalam tanah.

Baja organik merupakan elemen penting untuk pokok yang ditanam.

2. Jumlah baja organik atau NPK (Nitrogen, Phosphorus dan Kalium) yang banyak

Baja NPK hanya diperlukan dalam kuantiti sesudu kecil bersamaan 15 butir sahaja.

Baja organik pula digunakan biasanya dalam jumlah sesudu kecil atau besar bergantung pada jenis baja.

3. Kerap siram tanaman atau siram dengan air banyak

Akibatnya akar membusuk, tanah berlendir dan mengakibatkan kulat serta penyakit bawaan tanah.

Masalah ini juga akan mengundang kehadiran semut dan anai-anai serta ulat-ulat halus dalam tanah. Jika ini berlaku, tanah perlu ditukar kepada tanah baharu.

Kuantiti baja yang banyak boleh menyebabkan daun layu atau pokok mati.

4. Guna pasu atau polibeg terlalu kecil

Kesannya, anak pokok tidak dapat membesar dengan baik disebabkan pergerakan akar terhad dan pengudaraan di dalam pasu atau polibeg kecil menjadi terlalu sempit.

5. Tanah terlalu sedikit di dalam pasu atau polibeg sedangkan pokok ditanam jenis akar tunjang

Hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana pokok yang berakar tunjang memerlukan tanah yang banyak.

Tanah sepatutnya diisi hingga ke permukaan pasu atau polibeg.

6. Tak buang daun-daun tua di bawah cabang pokok bentuk Y

Ia menyebabkan banyak nutrien dihabiskn ke bahagian daun di bawah cabang Y dan tidak sampai ke bahagian bunga dan buah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan