RAMAI dalam kalangan kita yang sudah mula berjinak-jinak untuk membuat pelaburan saham. Namun dunia pelaburan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main. Jika tersilap langkah, kita mungkin akan terjerumus dalam kegagalan atau mengalami kerugian teruk. Jadi sebelum melabur dalam sesuatu, kita perlu ketahui ilmu kewangan dalam saham pelaburan dan pantang larangnya. Seorang penasihat yang sering berkongsi info dan tip kewangan, Afyan Mat Rawi sebelum ini pernah berkongsi mengenai perkara itu. Katanya terdapat sembilan pantang larang dalam pelaburan yang perlu kita ambil tahu. Pelaburan saham mempunyai untung dan rugi yang perlu ditanggung oleh si pelabur. 1. Elakkan berhutang atau buat pinjaman sebab nak mula melabur. 2. Jangan melabur kalau tak ada ilmu pelaburan. 3. Jangan melabur tanpa asas simpanan yang kukuh. 4. Elakkan melabur dalam pelaburan tidak patuh syariah. 5. Jangan mimpi hari ni melabur, esok dapat untung. 6. Jangan mulakan pelaburan tanpa mengetahui kos dan risiko yang terlibat. Sesuaikan dengan tahap penerimaan risiko kita. 7. Elakkan daripada menggunakan wang simpanan kecemasan. Gunakan wang lebihan simpanan yang diperuntukkan untuk melabur. Ilmu yang tinggi diperlukan untuk mula bermain saham. 8. Jangan melabur ikut-ikutan. Melabur dengan ilmu bukan sebab sentimen semata. 9. Jangan berhutang untuk melabur tanpa persediaan perlindungan takaful. Sebagai kesimpulan, adalah disarankan untuk kita menimba ilmu dengan baik sebelum mengambil keputusan besar untuk terjebak dengan pelaburan. Malah, adalah disarankan untuk menyiasat kesahihan iklan mengenai agensi pelaburan yang menjanjikan keuntungan tidak masuk akal dan jalan pintas untuk mendapatkan untung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube