suria

Cawan berdaki bukan alasan kukuh untuk beli baharu! Kesan kopi, teh boleh dicuci guna 2 bahan saja

Cawan yang kotor boleh dibersihkan menggunakan dua bahan di dapur.

CAWAN yang selalu digunakan untuk minum kopi dan teh biasanya akan meninggalkan kesan atau daki di bahagian dalam.

Kesan tersebut bagaimanapun sukar untuk ditanggalkan walaupun sudah disental dengan pelbagai jenis pencuci

Selain sakit mata melihatnya, ia juga membuatkan tuan rumah berasa malu untuk menghidangkan air kepada tetamu menggunakan cawan yang berdaki ini.

Sekiranya anda berdepan masalah ini, jangan buang dahulu cawan tersebut kerana terdapat cara mudah untuk menghilangkan kesan kotoran degil tersebut.

Kaedah tersebut diajarkan oleh Sabunku Malaysia menerusi satu hantaran dibuat di Facebook.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

1. 2 sudu cuka

2. 1 sudu baking soda

3. Sedikit pencuci pinggan mangkuk

Baking soda dan cuka boleh digunakan untuk menanggalkan daki pada cawan.

Cara-cara

1. Masukkan baking soda ke dalam cawan yang kotor.

2. Tuangkan dua sudu cuka ke dalam cawan yang sama.

3. Masukkan pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.

4. Tambahkan sedikit air panas untuk hasil lebih berkesan.

5. Kacau semua campuran sehingga menjadi satu sebatian dan biarkan selama 10 minit.

6. Cuci dan bilas cawan tersebut seperti mana anda biasa membasuhnya.

Sekiranya masih terdapat kesan kotor pada cawan, rendamkan seharian atau semalaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain