suria

[V] Penuhi aktiviti hujung minggu di Anjung Floria... KUD @ Putrajaya ‘buka’ peluang kerjaya golongan belia

MASIH tercari-cari lokasi untuk luangkan masa hujung minggu ini bersama keluarga?

Jom beramai-ramai sertai Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berlangsung bermula 22 sehingga 26 November ini bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.

Terdapat pelbagai aktiviti menanti anda seperti produk usahawan desa, pembiayaan perniagaan serta pameran pelbagai agensi berada dalam satu lokasi sama.

Bagi golongan muda, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain penerangan, pendaftaran dan pameran TVET oleh institusi-institusi di bawah KKDW seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), GiatMara, Kolej Polytech Mara (KPM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) turut disediakan untuk pengunjung.

Jadi bagi golongan muda atau individu yang masih tidak jelas dengan hala tuju masing-masing, inilah masanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang TVET ia terbukti berjaya melahirkan graduan yang mempunyai permintaan tinggi.

Golongan belia daripada GiatMara menawarkan servis gunting rambut dengan harga rahmah.

Untuk mereka yang meminati bidang kulinari, dapatkan maklumat lanjut di Akademi Kemahiran KEMAS.

Menurut tenaga pengajar dan pegawai penilai akademi itu, Tuan Faitulakma Tuan Yunus, institusi berkenaan menawarkan kursus dalam bidang penyediaan dan pembuatan makanan untuk tahap dua dan tiga di Gopeng, Perak.

Amin (kiri) merupakan salah seorang kakitangan (kru) bike maintenance berada di TVET sepanjang acara berlangsung.

"Dekat akademi ini, kami mengajar mengikut garis panduan yang disediakan bagi setiap tahap. Fokus utama kami sudah pasti ingin membangunkan tenaga kerja mahir dalam industri perhotelan dan pengusaha makanan selepas keluar daripada akademi.

"Untuk karnival pada kali ini, kami bawakan pelatih dalam penyediaan makanan. Fokus utama kami adalah appetizer (pembuka selera) dan makanan centerpiece (bahagian tengah) seperti buah dan ais.

ARTIKEL BERKAITAN: Karnival Usahawan Desa lebih meriah! Beri inspirasi golongan muda ‘cipta’ peluang kerja sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Karnival Usahawan Desa kembali... Pengunjung boleh guna kod QR untuk pembayaran, mudah sangat!

"Jadi kami bawakan ukiran buah yang digubah oleh salah seorang pelatih bagi menonjolkan bakat mereka setelah megikuti program. Kami mengalu-alukan mereka yang berminat untuk sertai program yang dianjurkan KEMAS," ujarnya ketika ditemui mstar.

Bukan itu sahaja, minat dalam bidang permotoran juga boleh digilap dan diketengahkan di KUD @ Putrajaya.

Puspa Gomen merupakan antara TikToker jemputan bagi memeriahkan jualan booth di KUD @ Putrajaya.

Ujar seorang kakitangan penyelenggara basikal daripada GiatMara, Nor Amin Ibrahim, 35, semua pengunjung dialu-alukan untuk menunjukkab kemahiran masing-masing dengan membaiki kerosakan kecil pada basikal yang dicaj pada harga RM5.

"Kami mengendalikan bahagian penyelenggaraan basikal di bawah anjuran GiatMara. Selain itu, GiatMara juga menawarkan beberapa kursus lain bagi mereka yang berminat untuk sertai seperti salun dan spa serta bakeri.

Laman Ketengah merupakan tempat kawasan untuk pengunjung menikmati suasana santai di KUD @ Putrajaya.

"Dalam institusi GiatMara, kursus ini masih baharu. Kami sebagai kru akan mengajar pelajar-pelajar bagaimana untuk baiki kerosakan pada basikal sebagaimana pengendalian membaiki motosikal dilakukan sebelum ini oleh pelajar.

"Jadi apabila ada sebarang acara atau karnival macam KDU anjurkan, kami bawa semua pelajar untuk sertai. Kami menawarkan servis baiki kerosakan kecil untuk basikal secara asas sahaja," kongsinya.

Selain itu, terdapat juga servis gunting rambut yang dianjurkan GiatMara oleh pelajar-pelajar daripada golongan belia dengan caj harga rahmah RM5 sepanjang karnival berlangsung.

Anyaman tikar mengkuang oleh golongan warga emas di Anjung Anyaman.

Turut menyertai KUD @ Putrajaya pada tahun ini adalah TikToker terkenal, Puspa Gomen atau nama sebenar Raudzah Ismail, 40, sebagai usahawan menjual laksa.

Sementara itu jika berkunjung di bahagian Laman Ketengah, anda dapat saksikan pentas budaya, taman herba, Kenyir Houseboat, anjung spa, anjung anyaman, photobooth Tasik Puteri Bukit Besi, canting batik dan anjung selera.

Bagi mereka yang ingin 'manjakan' diri, inilah peluang anda untuk merasai urutan khas dibawakan oleh warga Terengganu dan membeli produk penjagaan diri buatan tempatan dengan harga jualan rahmah di Anjung Spa.

Pengunjung berpeluang untuk merasai urutan di Anjung Spa khas dibawakan oleh pengusaha berasal dari Terengganu.

Tidak dilupakan juga terdapat pelbagai pilihan juadah yang dijual usahawan makanan dari seluruh negara dan produk-produk industri kecil sederhana (IKS) yang dibawa khas untuk pengunjung membeli-belah.

Jadi datanglah beramai-ramai ke KUD @ Putrajaya 2023 di Anjung Floria, Putrajaya yang dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam sehingga Ahad ini.

Produk-produk makanan IKS buatan peniaga-peniaga tempatan turut dijual di booth-booth sekitar KUD @ Putrajaya.

Lebih menarik, pengunjung KUD @ Putrajaya 2023 bertuah bakal memenangi sebuah kereta Produa Myvi menanti pengunjung yang bertuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan Program KUD @ Putrajaya 2023 pada Sabtu dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain