suria

Mak-mak tak perlu membebel lagi, dah jumpa trik bersihkan cebisan tisu dan kertas melekat pada pakaian

Pakaian yang dipenuhi cebisan tisu boleh dicuci menggunakan pelembut fabrik.

ADA kalanya kita terlupa untuk mengosongkan poket baju atau seluar sebelum masukkan pakaian dalam mesin basuh untuk dicuci.

Akibatnya kita terpaksa berdepan pula dengan situasi pakaian dipenuhi gumpalan tisu atau kertas yang hancur.

Apabila sudah jadi begitu, memang menguji kesabaran kerana ada kerja tambahan perlu dibuat iaitu mengasingkan segala sisa yang melekat.

Namun jangan bimbang, seorang pengguna laman X iaitu Yukino berkongsi tip paling senang untuk membuang cebisan yang melekat pada baju dan seluar.

Mencuci pakaian merupakan rutin harian biasa di rumah.

Jelasnya, dia hanya mencuci semula pakaian menggunakan mesin basuh tetapi cucian kedua ini perlu menggunakan pelembut pakaian.

Tetapkan mode rinse (bilas) dan spin (putar) sahaja supaya cebisan tisu tertanggal dengan mudah.

Bagaimanapun bagi mereka yang kurang gemar dengan bau pelembut fabrik, anda boleh cuba inisiatif lain.

Menurut lelaki dari Jepun itu, gantikan pelembut pakaian dengan cuka makanan yang boleh memberikan kesan sama.

Jadi, kita tidak lagi perlu tertekan apabila berlaku perkara sama selepas ini kerana sudah jumpa solusinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube