suria

Daun bayam besar tapak tangan, puas hati nak makan! Rahsianya guna sisa makanan buat baja

Penggunaan teknik bokashi boleh mendapatkan hasil tanaman lebih baik.

BAJA merupakan unsur penting dalam mendapatkan hasil tanaman yang lebih cepat serta bermutu.

Siapa tidak seronok jika pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam hidup subur, besar dan cantik!

Sebelum ini seorang individu dikenali sebagai Enkay Nik Mustaffa mencuri tumpuan selepas berkongsi foto sayur bayam yang ditanam menghasilkan daun sebesar telapak tangan.

Pokok bayam merupakan sayur yang biasa ditanam di kawasan rumah.

Dalam hantaran di Facebook, dia menyatakan bahawa hasil tersebut adalah disebabkan baja cecair bokashi yang digunakan sejak tujuh tahun lalu.

Berikut merupakan bahan dan alatan yang digunakan untuk membuat baja bokashi sendiri di rumah.

Bahan dan alatan

1. Tong sampah atau tong cat yang ada penutup

2. Penapis untuk mengasingkan sisa.

3. Gula merah atau bokashi bran (penapaian bakteria).

4. Sisa dapur yang tidak berlemak dan berminyak.

5. Bahan booster (tambah secara berkala) lain seperti tempe, minuman kultur Yakult, belacan.

Bokashi membran digunakan untuk banyak jenis tanaman.

Cara-cara penyediaan baja

1. Basuh sisa makanan yang tidak dihabiskan seperti mi goreng, mi rebus yang telah disingkirkan minyak.

2. Gaulkan sisa bersama gula merah atau bokashi bran dengan nisbah 1:1 dan peram selama tiga hari.

3. Masukkan ke dalam tong yang siap dipasang penapis untuk menyingkirkan sisa makanan.

4. Cairkan dengan nisbah 1:10 air tanpa klorin dan gunakan untuk menyiram pokok sebanyak dua kali seminggu.

Sekiranya sukar untuk dapatkan bokashi membran, memadai dengan menggunakan gula merah sahaja.

Apabila sisa sudah memenuhi tong sisa makanan, peram selama tiga bulan untuk dijadikan kompos.

Campurkan bahan organik ini bersama tanah jenis topsoil dengan nisbah 1:1 dan boleh dijadikan baja untuk pertanian organik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain