suria

Rendam, cuci dengan air bukan cara terbaik cuci senduk kayu... Lepas ni apa kata cuba guna minyak zaitun

Minyak zaitun boleh digunakan untuk mencuci dan mencantikkan semula senduk kayu.

SENDUK yang diperbuat daripada kayu memang banyak kegunaannya di dapur berbanding jenis besi.

Biasanya ia digunakan untuk menggoreng atau mengacau masakan bagi mengelakkan permukaan kuali daripada bercalar.

Namun, disebabkan sifatnya yang tidak licin atau menggerutu menyebabkan kotoran yang melekat pada senduk jenis ini susah untuk ditanggalkan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk mencucinya adalah dengan merendam senduk tersebut sebelum disental menggunakan span.

Teknik rendaman boleh merosakkan senduk kayu.

Ternyata, teknik rendaman itu kurang sesuai kerana ia boleh membuatkan kayu cepat reput, patah atau rosak.

Sebenarnya, terdapat satu kaedah lebih baik yang dikongsikan Awang Dapur untuk menjaga senduk kayu iaitu dengan melumurkan minyak zaitun.

Cara-cara:

1. Biarkan senduk kayu kering terlebih dahulu.

2. Lumurkan minyak zaitun menggunakan tisu kering.

3. Biarkan selama empat hingga 12 jam sehingga kering.

4. Lap lebihan minyak yang terdapat pada senduk menggunakan tisu kering.

Minyak zaitun boleh mencantikkan semula senduk.

Sebagaimana dinyatakan, teknik ini boleh dilakukan sekali setiap tiga atau enam bulan untuk mendapatkan semula warna senduk yang asal.

Selain senduk, sudu atau papan pemotong jenis kayu juga boleh dicuci menggunakan cara sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain