KEHADIRAN tetamu tidak diundang seperti lalat bukan sahaja mengganggu ketenteraman tetapi juga menjadi masalah apabila ia menghinggapi makanan. Serangga ini membiak sepanjang tahun terutama dalam cuaca panas serta mudah lolos ke dalam rumah menerusi ruang-ruang terbuka dari luar. Apatah lagi sekiranya ada bau yang menggoda seperti belacan, ikan kering atau budu maka semakin cepatlah haiwan ini muncul. Lalat mudah tertarik kepada makanan. Lebih membimbangkan apabila kumpulan lalat ini berkerumun pada makanan dan meninggalkan telur menyebabkan siapa yang makan akan sakit perut. Dikongsikan oleh Zareena Ahmad, sebenarnya terdapat kaedah moden dan tradisional untuk menghalau serangga kotor dan jijik ini daripada terus terbang di dalam rumah. Cara moden 1. Perangkap lalat (cuka dan sabun) Campurkan air dengan beberapa titis cecair pencuci pinggan dan satu sudu cuka. Letak campuran dalam satu bekas atau cawan. 2. Pelekat lalat Buka pelekat lalat dan letakkan di kawasan yang menjadi tumpuan serangga ini. 3. Pemukul lalat Bagi masyarakat Melayu, penyapu lidi sudah tidak asing sebagai salah satu cara tradisional untuk menghalau lalat. Cara tradisional 1. Bunga cengkih dicucuk pada limau purut. Bunga cengkih yang dicucuk pada limau boleh menghalau lalat. 2. Serai wangi 3. Hirisan timun 4. Kulit kayu manis 5. Daun kari 6. Lilin 7. Gantung air 8. Gantung CD (compact disc atau cakera padat) lama Penyapu lidi boleh digunakan untuk memukul lalat. Kesemua kaedah yang dikongsikan ini boleh dicuba mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Dapatkan khidmat profesional jika masalah lalat ini sudah tidak terkawal, misalnnya apabila telur lalat dapat dilihat sudah berada merata-rata di dalam makanan anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube