BAWANG putih dan merah adalah dua bahan di dapur yang sering digunakan dalam masakan. Terdapat banyak khasiat diperoleh apabila seseorang itu makan bawang yang turut menjadi penyedap dalam hidangan. Namun, tahukah anda bahawa kulit bawang mempunyai kebaikan yang mana ia boleh dimanfaatkan untuk tanaman. Walaupun kulit bawang kelihatan kotor di bahagian luarnya namun selaput luarnya kaya dengan selulosa dan khasiat lain. Menurut Norahim Ibrahim, kulit bawang boleh dijadikan baja semula jadi (organik) untuk pertumbuhan tanaman. Antara hasil tanaman yang menggunakan baja kulit bawang. Sebagaimana dikongsikan di grup Berkebun D Rumah di Facebook, tiada sebarang ramuan lain digunakan melainkan kulit-kulit bawang yang direndam dalam air sahaja. Menurut lelaki tersebut, rendam selama satu hari sudah memadai sebelum digunakan sebagai baja dengan cara menyiramnya pada tanaman. Sekiranya air rendaman yang terhasil terlalu pekat, cairkan ia dengan menambah air. Disebabkan bebas bahan kimia, tidak menjadi masalah sekiranya pokok disiram dengan baja kulit bawang setiap hari. Dalam perkongsian sama, Norahim turut berkongsi foto-foto tumbuhan yang terhasil selepas menggunakan baja organik tersebut. Norahim turut menggunakan baja kulit bawang pada pokok cili. Jelas kelihatan hasilnya begitu segar dan sihat sekali gus membuktikan kaedah yang dilakukan ini menjadi. Sayur-sayuran atau buah-buahan yang dimakan juga lebih bersih dan selamat apabila baja yang digunakan tiada sebarang bahan terlarang. Jika diteliti di ruangan komen, terdapat netizen yang mengakui kaedah ini berhasil. Malah, pokok-pokok yang ditanam juga tidak dirosakkan oleh haiwan perosak seperti ulat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube