suria

Jauhi kad kredit, pinjaman peribadi! Anak muda sila ikut 8 nasihat ini jika mahu elak masalah kewangan di kemudian hari

Pembayaran menggunakan kad kredit lebih memudahkan. -Gambar hiasan

USIA emas pastinya ingin diabadikan bersama keluarga tercinta dan aktiviti yang menggembirakan seperti melancong mahupun berehat tanpa tekanan.

Namun kebanyakan masyarakat Malaysia masih terbeban dengan jumlah hutang yang banyak walaupun sudah lanjut usia sehingga ada yang terpaksa berhempas pulas untuk kelangsungan hidup.

Lebih menyedihkan apabila sebilangannya lagi tidak mempunyai sebarang aset hartanah meskipun sudah mencecah usia 60 tahun.

Bagi mengelakkan anda berdepan situasi seperti itu, Ketua Program Diploma Akauntansi Politeknik Muadzam Shah Pahang, Dr Radziah Mohd Dani berkongsikan beberapa tips kewangan.

Kereta mewah antara idaman masyarakat. -Gambar hiasan

Kereta mewah antara idaman masyarakat. -Gambar hiasan

1. Apabila mula bekerja, jangan beli kereta yang harganya hampir separuh gaji. Sebaliknya bermulalah dengan simpan tiga hingga ke enam bulan gaji.

2. Sebagai permulaan dalam membina kewangan, tetapkan matlamat sejelas-jelasnya. Apabila ada matlamat yang jelas, anda akan tahu apa yang ingin dicapai dan ‘dikejar’. Paling penting, sentiasa ada perasaan untuk 'upgrade' diri dan keluarga ya!

3. Anak muda yang baru bekerja, jadikan tiga tahun pertama kerjaya sebagai tahun untuk membina kewangan. Kawal perbelanjaan, kawal nafsu berbelanja, kawal beli barang kehendak secara berlebihan. Bagaimanapun, pastinya ia sukar untuk dilakukan selagi masih belum mencuba.

4. Tukar hobi yang banyak membuang masa, melepak dan menghabiskan duit kepada aktiviti yang boleh menjana pendapatan kedua. Sekarang zaman semakin canggih yang membolehkan anda melakukan bisnes online, Grab Car, ejen dan macam-macam lagi.

Kebanyakan pekerja gemar membuat pinjaman peribadi. -Gambar hiasan

Kebanyakan pekerja gemar membuat pinjaman peribadi. -Gambar hiasan

5. Waktu muda ni kalau boleh elakkan ambil pinjaman peribadi dan kad kredit jika tidak memerlukannya. Sebab kebanyakkan anak muda cenderung mengalami masalah kewangan apabila ‘mengumpul’ dua hutang ini.

6. Melatih diri dengan menyimpan terlebih dahulu sebelum merancang untuk membeli keperluan terutamanya rumah. Simpanan sukar dibuat jika anda tidak nampak tujuan simpanan itu dilakukan.

Lakukan save and forget sebelum berbelanja juga ya!

7. Review kewangan setiap kali selepas menerima gaji. Buat penolakan wajib dan komitmen setiap bulan, selepas itu tolak simpanan dan akhir sekali baru berbelanja. Disarankan simpan di Tabung Haji dan ASB agar menyukarkan kita untuk mengeluarkan duit dengan mudah.

8. Berkawanlah dengan circle yang baik dan positif sebab ia sangat membantu memberi semangat kepada anda untuk bergerak maju lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain