RAMAI yang beranggapan kereta baharu tidak mudah mengalami kerosakan jika servis dan penyelenggaraan dijaga dengan baik. Namun, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kereta anda boleh rosak secara tiba-tiba. Kerosakan mungkin berpunca daripada tabiat pemanduan yang salah, sekali gus sukar untuk menyedarinya lebih awal. Bagi anda yang sering melakukan enam 'kesilapan' yang dikongsikan Abang Pomen ini, cubalah ubah tabiat tersebut ya. Ramai yang membiarkan lampu minyak menyala sebelum mengisinya. 1. Isi minyak apabila lampu kuning menyala Apabila sering mengisi minyak apabila sudah nak habis, pam minyak akan menyedut kekotoran yang ada pada dasar tangki. Ia akan menyebabkan salur minyak tersumbat seterusnya memendekkan jangka hayat kereta. 2. Merehatkan tangan pada gear Mungkin anda menganggap perbuatan ini tidak memberi kesan bukan? Namun jika sering melakukannya, anda sebenarnya telah menambahkan beban pada gearbox kereta. Ia akan menyebabkan gear sukar untuk ditukar atau sangkut semasa pemanduan. Ramai yang gemar meletakkan tangan pada gear. -Gambar hiasan 3. Selalu tekan brek Pantang nampak kenderaan di hadapan memperlahankan pemanduan atau terdapat kesesakan lalu lintas, anda terus menekan brek. Tabiat seperti ini sangatlah berbahaya kepada kereta kerana ia mampu membuatkan sistem brek terlampau panas (overheating) seterusnya mempercepatkan brake pad mahupun brake disc menipis. 4. Tak panaskan enjin kereta Sebelum memulakan pemanduan, anda dinasihatkan untuk memanaskan enjin terlebih dahulu selama satu hingga dua minit terutama pada waktu sejuk atau ketika kenderaan jarang-jarang digunakan. Ia membantu mengagihkan minyak ke seluruh enjin dan mendapatkan blok serta minyak enjin pada suhu yang bersesuaian. Kereta digunakan untuk mengangkut barang semasa berpindah. -Gambar hiasan 5. Anggap bunyi aneh perkara biasa Jika ada bunyi pelik, segeralah buat pemeriksaan dan jangan ambil remeh tentangnya. 6. Sering bawa muatan berlebihan Sekiranya anda sering membawa muatan berlebihan, kereta akan mengalami banyak tekanan seterusnya mengganggu aspek pemanduan. Bukan itu sahaja, brek juga akan sukar berfungsi dengan betul selain menyebabkan penggunaan bahan api yang banyak. Bagaimanapun, paling penting jangan lupa servis kereta secara berkala ya! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube