suria

Elak aircond kereta cepat rosak, berhenti buat 5 perkara dianggap biasa ini!

Pendingin hawa juga penting untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. -Gambar hiasan

SELEPAS menghidupkan enjin, perkara pertama yang kita lakukan sebaik masuk ke dalam kenderaan adalah memasang pendingin hawa (air conditioner).

Dengan keadaan cuaca di negara kita yang sentiasa panas, sudah pastilah pendingin hawa menjadi keperluan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar.

Tidak dapat dibayangkan jika memandu dalam keadaan panas, merecik-recik peluh keluar dibuatnya!

Lebih teruk, kepala pun berdenyut-denyut sakit lebih-lebih lagi jika memandu dalam keadaan trafik yang sesak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dah tak ‘pickup’, asyik semput... Ambil tahu 4 perkara ini sebelum ke bengkel, elak kena tipu!

Justeru sebagai pemilik kenderaan, selain penjagaan enjin, adalah penting untuk kita memastikan keadaan pendingin hawa sentiasa berfungsi dengan baik.

Selain melakukan servis berkala, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan agar pendingin hawa tidak mudah rosak.

aircond 2

Tabiat mematikan enjin secara mengejut memberi kesan kepada pendingin hawa.

Jika rosak, alamat melayanglah duit dekat bengkel. Jadi, mari kita sama-sama ubah tabiat buruk yang berpotensi menyebabkan pendingin hawa rosak:

1) Tutup enjin kenderaan secara mengejut

Biasakan menutup pendingin hawa terlebih dahulu sebelum mematikan enjin.

Jika tidak, semasa mahu menghidupkan enjin, pendingin hawa terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri akan terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.

Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi pendingin hawa.

2) Kereta bersepah

Membiarkan sampah dan kotoran bersepah di dalam kereta bukan sahaja menyebabkan suasana yang tidak selesa, malah debu juga akan melekat secara berterusan.

Ia seterusnya memberi kesan kepada pendingin hawa memandangkan debu dan habuk yang dihasilkan akan masuk dan keluar dari penapis, sekali gus membuatkan ia lebih cepat rosak.

3) Buka tingkap ketika 'aircond' sedang dipasang

Tabiat ini boleh menyebabkan kompresor kereta terpaksa beroperasi lebih daripada biasa.

Jika tabiat ini sering dilakukan, maka tidak mustahil aircond kereta anda akan mudah mengalami kerosakan.

aircond 3

Asap dan debu rokok menyebabkan penapis pendingin hawa menjadi cepat kotor akibat habuk. -Gambar hiasan/Reuters

4) Merokok sewaktu memandu

Asap serta debu daripada rokok boleh menembusi bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut akan menyebabkan penapis menjadi cepat kotor akibat habuk.

Akibatnya, tahap kesejukan aircond kereta akan terganggu dan boleh menjadi tidak optimum dari yang sepatutnya.

5) Pewangi kenderaan kurang sesuai

Untuk pengetahuan anda, pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap.

Apabila pewangi jenis gel terkena suhu yang sejuk, wap tersebut berubah kepada bentuk gel dan seterusnya mampu menghalang penapis dan evaporator atau cooling dalam pendingin hawa.

Sebaiknya, gunakan pewangi yang bersifat cecair untuk memastikan aircond anda tidak mudah terjejas dan rosak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain