suria

Haiwan liar ceroboh kebun? Halau saja guna bancuhan kapur barus, ikut langkah mudah ini

Campuran minyak tanah dan kapur barus dapat menghalau haiwan liar daripada menceroboh kebun. -Gambar TikTok @pertaniansegar

KEHADIRAN haiwan liar yang menceroboh kebun buah-buahan atau sayur-sayuran sememangnya antara risiko yang perlu dihadapi oleh petani, lebih-lebih lagi jika lokasi kebun terletak berhampiran hutan.

Monyet, khinzir dan musang adalah antara haiwan yang kerap kali menceroboh kebun tanpa mengira masa.

Situasi ini sekali gus membuatkan petani terpaksa menanggung kerugian bukan hanya disebabkan hasil tanaman yang rosak tetapi perlu mengeluarkan modal untuk memasang pagar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah cuba macam-macam teknik halau lipas, tapi cara ke-5 ini paling berkesan!

Bagaimanapun, ada kalanya pagar yang dipasang pun runtuh akibat dimusnahkan haiwan-haiwan ini.

Lebih memeningkan kepala, kaedah serta petua yang pernah digunakan seperti meletak patung juga seperti tidak berkesan.

Jangan risau, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh akaun TikTok @pertaniansegar.

Bahan-bahan:

1) Minyak tanah

2) Kapur barus

3) Botol kosong

Cara-caranya:

1) Masukkan kapur barus ke dalam satu bekas besar

kapur 3

2) Tuang minyak tanah sehingga penuh bekas yang berisi kapur barus

3) Kacau ramuan campuran kedua-dua bahan tadi beberapa ketika

4) Asingkan minyak tanah dari kapur barus dengan menuangkannya ke dalam satu bekas lain

kapur 4

5) Sementara itu, tumbuk kapur barus sehingga lumat dan campurkan sedikit minyak tanah bersamanya

6) Tebuk lubang kecil pada botol kosong dan ikat botol dengan tali

7) Masukkan sedikit kapur barus yang ditumbuk di dalam botol kosong

kapur 5

8) Gantung botol di penjuru kebun atau ladang

9) Siram bancuhan minyak tanah dan kapur barus di sekeliling kebun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain