suria

Bil elektrik melambung sebab guna aircond, pengering… Ini 5 kaedah kurangkan kos bulanan

Penggunaan solar dapat membantu mengurangkan bil elektrik di rumah. -Gambar hiasan The Star

PENGGUNAAN barangan elektrik seperti mesin basuh, mesin pengering pakaian, peti sejuk mahupun penyaman udara pastinya tidak dapat dielakkan pada masa ini.

Situasi cuaca yang tidak menentu menjadi punca utama kelengkapan rumah itu diperlukan.

Bagaimanapun, penggunaan secara kerap menyebabkan bil elektrik melambung tinggi sehingga merunsingkan pengguna berikutan perbelanjaan isi rumah turut meningkat.

Bagi anda yang berdepan situasi ini, jangan khuatir kerana ada cara untuk menjimatkan lagi penggunaan elektrik di rumah.

Ini tip dan ‘trick’ pengurangan bil elektrik daripada bekas kakitangan TNB (Tenaga Nasional Berhad), Joe Boyking93 yang boleh anda lakukan.

solar

1. Panel suria mudah alih

Panel suria atau solar merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Kebanyakan rumah sudah mula beralih kepada penggunaan suria kerana kos penyelenggaraannya lebih rendah selain penggunaan barangan elektrik yang banyak.

Malah anda hanya perlu menjemur alat panel ini di halaman rumah supaya voltan dapat disimpan.

Kalau blackout pun tak panas kerana panel suria dapat menjana sumber tenaga.

LED

2. Guna lampu LED

Tidak seperti mentol pijar atau halogen yang menggunakan haba, mentol lampu LED menggunakan foton (photon) untuk menghasilkan cahaya.

Proses untuk menghasilkan foton memerlukan tenaga yang sangat sedikit namun cahaya yang terpancar begitu banyak.

Ia sekali gus membuatkan lampu LED menjadi empat hingga lima kali lebih cekap tenaga dan tidak menjadi panas berbanding lampu yang berasaskan filamen.

Dianggarkan 25 hingga 30 peratus penggunaan elektrik dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, pastikan anda menggunakan lampu yang mempunyai cop Sirim supaya keselamatan terjamin.

perkakas

3. Pilih alatan yang jimat elektrik

Kecanggihan teknologi mendorong pelbagai invensi berlaku termasuk penghasilan barangan elektrik yang berinovasi dan cekap tenaga.

Malah kesemuanya telah diuji, dinilai dan diberi skor berdasarkan penggunaan tenaganya mengikut kriteria (MEPS) sebelum dilabel dengan skor 5 bintang.

Oleh itu, dapatkan barangan yang mempunyai label berkenaan. Paling penting, anda dapat berjimat untuk jangka masa panjang!

tumbuhan hiasan

4. Tanaman hiasan penyerap haba

Mungkin anda pernah dengar bahawa kawasan hijau lebih sejuk berbanding ruang lapang tanpa sebatang pokok.

Jadi, apa kata anda hiaskan rumah dengan pokok hiasan semulajadi.

Selain dapat membantu menapis udara, membekalkan oksigen, ruang rumah anda akan terasa lebih nyaman dan selesa.

smart

5. Smart power saving box

Paling mudah adalah dengan menggunakan smart power saving box.

Malah barangan ini dikatakan rahsia terbesar dalam isu penjimatan elektrik.

Anda yang menggunakan sehingga lima buah penyaman udara atau dua buah peti sejuk pasti terkejut apabila melihat bil elektrik di bawah RM100.

Paling penting, anda perlulah mengetahui setiap perincian dan fungsi sesuatu peralatan atau barangan yang dibeli supaya dapat mengurangkan lagi kos bil elektrik bulanan apabila menggunakannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain