suria

Kaki boros nak belajar menyimpan? Ini formula paling ringkas untuk senang kemudian hari

Kebanyakan anak muda diisytiharkan muflis kerana gaya hidup mewah yang diamalkan. -Gambar hiasan The Star

GAYA hidup mewah yang sering ditonjolkan anak muda zaman sekarang menyebabkan ramai yang tidak mempunyai simpanan.

Bahkan ramai yang terbeban dengan masalah kewangan sehingga akhirnya diisytiharkan muflis.

Namun sebelum ia terjadi, apa kata anda lakukan tiga formula ni untuk menyimpan dan asingkan duit gaji seperti yang disyorkan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sentiasa membuat kira-kira kewangan bagi mengelakkan diri terlebih berbelanja. -Gambar hiasan

Sentiasa membuat kira-kira kewangan bagi mengelakkan diri terlebih berbelanja. -Gambar hiasan

1. Asingkan duit gaji

Biasakan diri apabila gaji masuk, asingkan terus wang untuk perbelanjaan tetap dan sampingan dengan menggunakan kaedah ini.

Ambil 50 peratus daripada gaji untuk membayar komitmen tetap bulanan seperti pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan dan bil-bil utiliti serta perbelanjaan asas (makan-minum, barang dapur, minyak kereta dan tol).

ARTIKEL BERKAITAN: Nak capai tahap bebas kewangan? Ikut tip mudah ini, sesuai untuk orang kerja makan gaji

Baki 30 peratus pula digunakan untuk komitmen tidak tetap atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting seperti keperluan diri, pakaian, hiburan, melancong, bayaran internet, membeli barang-barang idaman dan sebagainya.

Selebihnya dikhaskan untuk simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful.

2. Buat pertimbangan tentang barangan keperluan dan kehendak

Sekiranya anda mahu berbelanja, pertimbangkan dahulu sama ada barangan tersebut merupakan barangan keperluan atau hanya kehendak peribadi.

Maklumlah, ramai yang gemar menukar telefon bimbit dan modify kenderaan supaya kelihatan lebih wow berbanding rakan yang lain. Apapun, ukurlah baju di badan sendiri!

Elakkan diri daripada menggunakan kad kredit. -Gambar hiasan

Elakkan diri daripada menggunakan kad kredit. -Gambar hiasan

3. Elakkan pinjaman peribadi dan kad kredit

Terdapat segelintir yang tidak berfikir panjang dan membuat pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang, biaya majlis perkahwinan dan sebagainya.

Ini kerana sebahagian besar wang anda akan dihabiskan untuk membayar faedahnya saja.

Pada masa sama, elakkan diri diisytiharkan muflis pada usia muda.

4. Sediakan simpanan kecemasan

Sediakan simpanan kecemasan minima enam bulan gaji. Simpanlah!

Mengambil contoh kejadian Covid-19 sebelum ini, ramai yang diberhentikan kerja secara tiba-tiba dan tidak mempunyai simpanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain