suria

Kulat di perabot mungkin punca anak tak sihat! Cuci bukan penyelesaian, cuba guna 4 kaedah ini

Kulat tumbuh pada permukaan perabot yang lembab. -Gambar TikTok Izarni Wahid

ANAK-anak sering sakit dan demam sehingga ada yang terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan di klinik.

Ia mungkin berpunca daripada kulat yang terdapat di dinding dan almari pakaian disebabkan cuaca yang lembab kerana musim tengkujuh pada masa ini.

Tahukah anda, mencuci dan mengelap dengan sabun pencuci di samping menyembur sanitasi tidak akan menghapuskan kesan kulat sepenuhnya.

Bahkan kulat akan kembali tumbuh selepas beberapa hari dicuci. Berulang kali melakukannya pasti sangat melecehkan, bukan?

Anda yang masih tercari-cari kaedah terbaik untuk menghapuskan kulat sehingga ke akar umbi, bolehlah mencuba beberapa tip ini.

Kesan kulat hilang selepas menggunakan pasir kucing jenis kristal. -Gambar Facebook Bijen Mohd

Kesan kulat hilang selepas menggunakan pasir kucing jenis kristal. -Gambar Facebook Bijen Mohd

1. Campuran peluntur dan cuka

Cuka merupakan bahan dapur yang terbaik untuk membersihkan rumah kerana tidak merosakkan fabrik mahupun permukaan perabot kerana kandungan asiditinya.

Ia juga penghapus kulat yang sangat efektif.

Caranya, campurkan cecair peluntur dan cuka dengan nisbah 1:1. Goncangkan sebatian dan sembur pada permukaan yang diingini.

Boleh juga ditambah dengan pelembut pakaian supaya bau cuka dan peluntur tidak terlampau kuat.

pasir kucing

2. Cat litter crystal silica

Paling mudah dilakukan kerana anda hanya perlu membeli pasir kucing jenis kristal silika ini seperti yang dilakukan pelayar Facebook Bijen Mohd ini.

Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan tutup dengan plastik yang telah dilubangkan.

Letakkan di dalam almari, bilik dan beberapa lokasi yang sering lembab. Kulat pasti tidak tumbuh semula.

wallpaper

3. Tutup dengan wallpaper khas

Walaupun telah dibersihkan, kesan kulat pasti kelihatan dan mencacatkan pemandangan.

Apa kata anda menggunakan wallpaper khas untuk perabot, bukan sahaja dapat mengelak kulat daripada tumbuh semula malah memberi ‘nafas baharu’ pada rumah anda.

Bahan pelekat atau gam yang terdapat pada wallpaper tersebut dapat membantu mematikan kulat sehingga ke akarnya.

silika

4. Gel silika

Beli sahaja gel silika timbang kilo dan paketkan kepada saiz yang lebih kecil. Lubangkan setiap paket dan letakkan di tempat yang lembab seperti di dalam rak, perabot, bekas penyimpanan dan bagasi.

Gel silika bertindak sebagai penyerap lembapan di dalam udara.

Ia juga sesuai untuk diletakkan di dalam bekas berisi besi seperti dawai dan wayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain