suria

Nak berpantang sendiri tanpa susahkan keluarga? Ibu-ibu kini boleh menginap di ‘confinement center’, senang sangat

Wanita masa kini lebih gemar berpantang sendiri.

PENJAGAAN badan selepas melahirkan anak atau tempoh berpantang merupakan amalan penting bagi kaum hawa.

Ada yang menganggap ia sebagai tempoh eksklusif bagi memperbaiki segala ‘kerosakan’ dalam tubuh badan selepas melalui detik sukar sejak hamil sehingga proses kelahiran.

Wanita masa kini lebih gemar mengamalkan cara berpantang sendiri selepas bersalin sama ada menggunakan kaedah moden mahupun tradisional, asalkan ia dilakukan dengan betul.

Proses baik pulih sewaktu berpantang ini juga termasuklah pemulihan akibat kehilangan darah semasa bersalin, pengecutan rahim, keseimbangan hormon, ketegangan urat saraf semasa proses bersalin dan kehilangan tenaga semasa proses bersalin.

Pada masa sama, kesihatan mental juga perlu diberi perhatian khusus bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Ruang bilik yang pastinya memberi keselesaan kepada para ibu dan bayi.

Ruang bilik yang pastinya memberi keselesaan kepada para ibu dan bayi.

Anda yang berhasrat untuk berpantang sendirian, apa kata dapatkan khidmat daripada Narqes Wellness and Confinement Centre di Kuala Lumpur yang mahir dalam penjagaan ibu dan bayi

Dengan sokongan kakitangan profesional yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman, wanita yang pertama kali bergelar ibu dapat menarik nafas lega sekiranya mengalami kesukaran untuk menguruskan bayi.

Paling penting, anda tidak akan berasa tertekan dengan perkara tersebut dan boleh memberi fokus untuk memulihkan kesihatan tubuh.

Persekitaran serta rutin harian ketika berpantang juga lebih tersusun dan teratur sekali gus membolehkan anda berehat dengan lebih tenang dan selesa.

Makanan berkhasiat enam kali sehari, yang direka khas berdasarkan amalan tradisional serta diolah mengikut kesesuaian dan keperluan kesihatan setiap ibu turut disediakan untuk menyokong pemulihan.

Mandian bungan dan bertungku disediakan seperti kaedah tradisional.

Mandian bunga dan bertungku disediakan seperti kaedah tradisional.

Lebih menarik apabila bilik tidur dirapikan setiap hari di samping penyediaan pakaian bersih setiap hari.

Servis pengawasan bayi 24 jam juga disediakan sekali gus memudahkan para ibu mengetahui keadaan bayi mereka pada bila-bila masa.

Bagi Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) PrimaNora Medical Centre, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, wanita yang tidak merancang rawatan selepas bersalin yang berkesan boleh mengalami beberapa risiko dan komplikasi antaranya jangkitan dalam kes luka C-seksyen dan episiotomi.

Selain itu, risiko seperti pendarahan teruk atau hipertensi mungkin berlaku tanpa disedari.

“Tekanan emosi juga boleh berlaku yang menyebabkan ibu baharu kemurungan dan kegelisahan selepas bersalin.

“Tanpa bimbingan dan sokongan, ibu mungkin menghadapi masalah dengan penyusuan yang membawa kepada masalah seperti bekalan susu yang tidak mencukupi atau mastitis,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain