suria

Bisnes merudum, perniagaan hampir gulung tikar? Tak payah tunggu keajaiban, ikut 3 langkah ini untuk bangkit semula

Mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan perlu berhadapan pelbagai risiko. -Gambar hiasan

MEMULAKAN sesuatu perniagaan bukanlah mudah kerana pelbagai perkara perlu diambil kira termasuk risiko kerugian dan kesukaran memasarkan produk atau servis.

Bagi mereka yang tidak kuat berdepan ujian bisnes merudum pasti akan berasa down meskipun sudah bersedia dengan situasi yang bakal dialami.

Malah, ada yang mengharapkan keajaiban berlaku kerana tidak berjaya untuk bangkit semula.

Bagi anda yang berhadapan situasi seumpama itu, bolehlah menggunakan tiga cara daripada Fatin Najwa sekali gus membina semula perniagaan yang diimpikan.

cabang baru

1. Cari cabang bisnes baru

Tidak salah untuk anda mencuba pelbagai jenis perniagaan sama ada berasaskan produk mahupun perkhidmatan.

Paling penting, anda mengetahui setiap kos yang perlu dikeluarkan dan anggaran keuntungan bersih yang akan diperoleh supaya tidak mengalami kerugian yang besar.

Bagi Fatin, selepas mencuba beberapa cabang bisnes, dia memilih satu sahaja produk yang dilihat sesuai dengan dirinya serta mampu memberi pulangan diharapkan.

skills

2. Tambah baik pengetahuan dan kemahiran

Apabila sudah masuk ke bidang perniagaan, anda perlu 'memaksa' diri untuk menambah pelbagai jenis ilmu.

Jika sebelum ini hanya mengetahui tentang cara jualan produk, apa kata anda mula belajar tentang pengurusan kewangan pula.

Secara tak langsung, anda boleh meluaskan perniagaan yang dijalankan termasuk membuat simpanan.

circle

3. Pilih circle yang tepat

Ramai yang mengabaikan perkara ini, tapi sebenarnya orang sekeliling memainkan peranan yang sangat penting dalam perniagaan yang dijalankan.

Kalau ingin bisnes menjadi kukuh dan berjaya, anda perlulah berada di dalam circle orang yang sama-sama nak berjaya.

Pastikan anda mempunyai 'cikgu' yang tepat supaya dapat membimbing dan mendorong anda ke aras kejayaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain