suria

Tip pokok petai tumbuh subur, isi gemuk-gemuk! Jangan terkejut berbuah lebat, boleh petik sambil duduk

Ada tip tertentu untuk buah petai lebih lebat dan senang dipetik. -Gambar Facebok Berkebun Dari Rumah

SEBUT sahaja petai, pasti anda terbayangkan harganya yang mahal selain sedap dimakan.

Bagi mereka yang menanamnya, harga yang ditawarkan itu setimpal dengan kesusahan yang dialami kerana pokok petai kebiasaannya tumbuh tinggi.

Usaha untuk memetik buahnya juga sukar kerana memerlukan seseorang yang berkemahiran memanjat pokok.

Namun jika anda peminat tegar ulam berkhasiat ini, bolehlah cuba menanamnya sendiri dan menikmati hasil yang banyak tanpa perlu banyak berbelanja.

Petai sering dijual mahal pada masa ini. -Gambar Facebook Aina Muhammad

Petai sering dijual mahal pada masa ini. -Gambar Facebook Aina Muhammad

Ini beberapa tip perkongsian Mayour Garage yang boleh dilakukan untuk mendapat petai dengan isi besar.

1. Semasa pokok masih kecil, buang pucuk bahagian atas dengan kaedah memulas.

2. Tanam setiap pokok dengan jarak yang sesuai supaya pokok tidak 'berebut' nutrien dan saling 'berlawan' ketinggian.

3. Gunakan baja buah supaya buah yang terhasil lebih besar.

Bakar sampah berhampiran pokok dapat membantu menghalau serangga perosak. -Gambar Facebook Hashimah Mohd Sharif

Asap dapat membantu menghalau serangga perosak. -Gambar Facebook Hashimah Mohd Sharif

Jika bunga petai sering gugur dan sukar menjadi buah, cubalah bakar sampah berhampirannya supaya asap boleh terkena pokok petai.

Apabila rajin bakar sampah berhampiran pokok buah, serangga perosak mahupun ulat tidak dapat mendiami pokok tersebut.

Malah batang pokok dan dahan akan menjadi lebih kukuh dan kuat.

Tak perlu ikat pakaian lama pada batang untuk lihat pokok petai berbuah ya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain