suria

Macam-macam boleh buat dengan tawaran cashback, berbaloi ke ambil? Faham konsep ini terlebih dahulu

Kebanyakan pemaju menawarkan cashback yang tinggi pada pembeli. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja pasti terpengaruh dengan iklan yang memaparkan pulangan tunai, ganjaran mahupun rebat hadiah, terutama sekali apabila ia melibatkan pembelian bernilai tinggi seperti rumah dan kereta.

Jumlah pulangan dengan nilai besar pula membuatkan ramai yang gelap mata seketika kerana membayangkan tunai yang bakal diterima.

Namun, berbaloikah untuk anda menerima tawaran seumpama itu atau lebih dikenali sebagai cashback?

Berkongsi tip di laman Facebook, penulis kewangan Azizul Azli Ahmad berkata tawaran yang diberikan itu mempunyai banyak keburukan terutama dalam pasaran nilaian hartanah.

Ramai yang memilih rumah dengan cashback tinggi. -Gambar hiasan

Ramai yang memilih rumah dengan cashback tinggi. -Gambar hiasan

1. Jumlah hutang lebih besar

Jika rumah dibeli pada harga RM320,000 dan bayar 10 peratus deposit dengan kadar faedah pinjaman 4 peratus selama 30 tahun, kita akan membayar hutang sebanyak RM494,985.60 sahaja.

Jika kita ambil cashback, pada nilai hutang RM400,000 dan bayar 10 peratus deposit dengan kadar pinjaman 4 peratus selama 30 tahun, kita akan membayar keseluruhan hutang sebanyak RM618,732.00. Banyak beza tu!

2. Tidak menguntungkan

Budaya cashback ini menguntungkan pihak bank dan pemaju sahaja.

Semakin banyak duit kita pinjam dari bank, semakin kaya raya pihak perbankan manakala kita pula semakin miskin.

Terdapat pembali yang melaburkan kembali pulangan wang tunai yang diterima. -Gambar hiasan The Star

Terdapat pembali yang melaburkan kembali pulangan wang tunai yang diterima. -Gambar hiasan The Star

3. Mengambil kesempatan

Pemaju suka buat tawaran cashback kerana dia tahu pembeli bukanlah mempunyai simpanan dan perlu membuat pinjaman perbankan.

4. Tersalah skim pelaburan

Masyarakat pula pantang ditawarkan duit. Mereka akan rasa bahagia, kemudian membeli BMW dan mengaku pelabur berjaya kerana mendapat cashback.

Hakikatnya hutang perlu dibayar sehingga bersara.

Lebih membimbangkan apabila cashback yang diterima pada jumlah RM64,000 dengan kadar 4 peratus setahun itu tidak ‘dilaburkan’ dengan betul.

Jika digunakan untuk kos renovasi rumah, susut nilai kabinet dapur akan buat kita menangis sehingga 30 tahun.

Oleh itu, dia menyarankan supaya pembeli menyediakan deposit rumah sehingga 30 peratus agar pinjaman dari institusi perbankan menjadi sedikit dan tempoh pembiayaan lebih rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain