suria

Jangan tersalah beli kereta banjir! Lakukan 9 perkara ini ketika berkunjung ke ‘showroom’, elak terpedaya ayat manis jurujual

Pengguna perlu memeriksa kondisi kereta terpakai sebelum membelinya. -Gambar hiasan The Star

KEADAAN ekonomi yang tidak menentu ketika ini membuatkan masyarakat mula berkira-kira untuk berbelanja terutama barang keperluan yang bernilai tinggi.

Bagi mereka yang mencari alat pengangkutan, kenderaan terpakai atau second hand adalah pilihan utama kerana lebih murah serta boleh diperoleh segera.

Peluang untuk menggayakan kereta jenama antarabangsa juga adalah lebih tinggi.

Bagaimanapun, masih ramai yang berasa bimbang untuk membeli kereta jenis ini kerana sering mendengar luahan negatif daripada pembeli.

Bagi anda yang kurang pengetahuan dan tidak mempunyai rakan yang mahir tentang kereta atau kenalan dari bengkel, bolehlah mengikut tip yang dikongsikan pelayar X, Iffat Salleh ini.

Golongan wanita juga boleh menguruskan sendiri selepas ini.

Pengguna boleh mengajukan soalan berkaitan kondisi kenderaan yang ingin dibeli. -Gambar hiasan The Star

Pengguna boleh mengajukan soalan berkaitan kondisi kenderaan yang ingin dibeli. -Gambar hiasan The Star

1. Jangan percaya cakap pemilik kereta atau jurujual 100 peratus

Kebanyakan pemilik dan jurujual akan menggunakan ayat seperti ini ‘tak pernah kemalangan’, ‘bukan kereta banjir’ mahupun ‘kondisi kereta perfect’ bagi memancing pembeli.

Ungkapan seperti itu adalah paling bahaya!

2. Periksa pintu, bonet dan minyak

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat pemeriksaan menyeluruh di semua pintu dan bonet belakang.

Pemeriksaan itu bukanlah bererti anda perlu membelek pintu-pintu berkenaan tetapi sekadar buka dan tutup sahaja.

Ulang beberapa kali supaya anda dapat mengesan bunyi pelik atau merasakan kesukaran untuk membuka dan menutupnya.

Jika ya, tinggalkan kereta itu segera kerana pasti perlu dibaiki.

Pusingkan stereng kereta sehingga habis bagi mengesan keadaan semasanya.

Pusingkan stereng kereta sehingga habis bagi mengesan keadaan semasanya.

3. Pegang stereng

Ambil peluang untuk masuk ke dalam kereta dan memegang stereng. Pastikan anda pusing ke kiri dan kanan sampai habis.

Jika terdapat bunyi kluk kluk, klak klak, maka ia bermaksud bahagian rak stereng atau komponen berkaitan telah rosak. Makan modal!

4. Hidupkan enjin kereta

Jangan lupa bawa air botol bersama supaya boleh dijadikan bahan ujikaji semasa anda menghidupkan enjin kenderaan. Jika air bergoncang, ada kerosakan pada kereta tersebut.

Bagi yang mahir, mungkin anda dapat melihat gegaran pada dashboard meter.

Kalau bergegar, kemungkinan mounting enjin perlu ditukar dan semestinya melibatkan kos yang tinggi.

Gear adalah komponen penting yang perlu diperiksa kerana kos membaikinya adalah tinggi.

Gear adalah komponen penting yang perlu diperiksa kerana kos membaikinya adalah tinggi.

5. Tekan brek dan masuk gear D

Langkah ini adalah yang paling penting kerana kadang kala gegaran tidak terasa semasa enjin kereta dihidupkan.

Jadi tekan brek dan masuk gear D untuk melihat gegaran pada dashboard meter.

6. Cari garisan zibra

Pandu uji kereta yang ingin dibeli dan carilah laluan yang mempunyai garisan zibra atau garisan melintas.

Lakukan dua cara semasa melalui garisan tersebut.

Cara 1: Bawa perlahan di bawah kadar 50 kilometer per jam (km/h).

Cara 2: Bawa laju sedikit sekitar 50 hingga 90 km/h.

Jika mempunyai bunyi kuk kuk kuk atau kak kak kak, kemungkinan terdapat masalah pada bahagian bawah kenderaan (undercarriage problem) seperti lower arm, drive shaft dan absorber yang perlu ditukar.

Memang makan modal dan semestinya pemilik kenderaan tidak pernah menukarnya lagi.

Periksa setiap tahap yang ada bagi memastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.

Periksa setiap level yang ada bagi memastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.

7. Uji kelajuan melebihi 80 km/h

Jika kereta mengalami gegaran pada stereng semasa kelajuan dipertingkatkan, maka terdapat masalah pada absorber, shaft atau rim.

Gegaran akan berlaku pada kelajuan 80 hingga 90km/h dan akan hilang selepas melebihi 100km/h.

Perkara ini pun perlu dititikberatkan kerana ‘makan modal’ untuk dibaiki.

8. Periksa kebocoran

Mungkin sedikit ‘leceh’ kerana perlu tunduk bawah kereta untuk tengok kebocoran dalam enjin.

9. Periksa kondisi penghawa dingin

Buka pada kadar minimum dan tunggu selama lima minit untuk memastikan tahap kesejukannya.

Ulang sampai habis level kesejukan pada penghawa dingin tersebut.

Kalau semua sejuk, maka keadaannya adalah baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain