suria

Seterika di rumah mula ‘makan’ kain? Lega dah jumpa cara nak bersihkan kesan hangus berkerak

Hanya menggunakan panadol soluble, seterika kembali bersih berkilat.

SUDAHLAH terlambat bangun untuk ke tempat kerja, pakaian juga belum digosok rapi.

Lebih menambah 'derita' seterika pula buat hal dalam keadaan kelam kabut hingga menyebabkan kemeja yang ingin dipakai hangus.

Lilin dan garam kasar pula tak ada untuk bersihkan kesan yang melekat.

Bagi anda yang mengalami situasi tersebut, jangan stres ya!

Cuba guna kaedah yang dikongsikan Deeba ini, bukan sahaja lebih mudah malah apa jenis pakaian pun tidak mudah hangus.

Cuci bersih bahagian tersebut menggunakan kain bersih.

Cuci bersih bahagian tersebut menggunakan kain bersih.

Cara-caranya:

1. Panaskan seterika terlebih dahulu.

2. Ambil satu tablet panadol soluble dan gosokkan pada tempat hangus.

3. Ulang kaedah yang sama sehingga kesan hangus hilang.

4. Kemudian, gosok bahagian tersebut dengan kain bersih. Pastikan sentiasa berhati-hati kerana seterika masih panas.

Bukan sahaja kesan hangus hilang, malah seterika anda kelihatan seperti baru dibeli.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain