suria

Wanita kongsi pengalaman 7 tahun jadi dealer emas, penyimpan berilmu berpegang kepada 4 prinsip ini!

Fiza memilih emas sebagai pelaburan utamanya.

MASYARAKAT sekarang semakin sedar tentang kepentingan pelaburan.

Namun kebanyakannya masih bimbang untuk memilih kaedah pelaburan yang boleh dilakukan selepas melihat ramai yang mengalami kerugian akibat ditipu.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan bidang pelaburan, bolehlah mencuba kaedah belian emas yang memberikan pulangan tinggi dalam tempoh lima tahun penyimpanan.

Berkongsi pengalaman, seorang dealer emas di bawah syarikat Public Gold, Norhafizah Abdullah yang berpengalaman lebih tujuh tahun mengakui hasil tabungan emas yang dilakukan banyak membantu dirinya.

Mana tidaknya, dia yang mesra disapa Fiza berkata, emas 10 gram yang dibeli pada harga RM1,870 pada 2017 kini telah bernilai RM3,350.

Carta menunjukkan kenaikan harga emas pada Disember 2023.

Carta menunjukkan kenaikan harga emas pada Disember 2023.

Peningkatan lebih 44 peratus direkodkan dalam tempoh enam tahun.

"Sungguh Fiza lega sangat apabila ada emas kat tangan. Selain boleh digadai semasa tengah sesak, nilai emas ni pun meningkat dari tahun ke tahun," ujarnya yang juga bekas pengurus salah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat Ar Rahnu atau gadaian.

Penyimpan emas yang berilmu tak akan rugi disebabkan beberapa faktor ini.

1. Harga emas akan naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit semakin menurun

Harga turun naik dalam jangka pendek adalah perkara biasa.

Penyimpan emas yang berilmu akan membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu dua atau tiga tahun.

Simpanan emas boleh dilakukan sedikit demi sedikit. -Gambar hiasan

Simpanan emas boleh dilakukan sedikit demi sedikit. -Gambar hiasan

2. Emas adalah duit tunai

Kalau perlukan tunai, kita boleh jual emas atau gadai sahaja di Ar Rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga.

3. Harga barang naik, makanya harga emas turut naik

'Formula' mudah yang boleh digunakan adalah harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun.

Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama.

Orang simpan emas, kekayaannya 'selamat' daripada 'dimakan' oleh inflasi.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup seperti saham Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan jatuh sifar

Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tetapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Senang cerita, orang yang tak ada ilmu, dia takut untuk membeli emas sedangkan orang ada ilmu, dia takut tak ada emas kat tangan.

Kekayaan kita lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain