suria

Malu tetamu tengok sinki kusam? DIY je pembersih guna kulit lemon, macam-macam boleh cuci

Sinki kelihatan lebih berkilat dan bersih seperti baru.

BARANG atau peralatan yang sering digunakan di dapur seperti sinki mudah untuk kelihatan kusam.

Menukar baharu adalah cara terbaik yang difikirkan kerana keluarga dan rakan-rakan akan datang berkunjung sempena sambutan Tahun Baru 2024 nanti.

Nanti dulu! Apa kata anda cuba teknik campuran daripada kulit lemon yang diajarkan My Tips Book ini, terlebih dahulu sebagai bahan utama untuk mencuci sinki.

Hasilnya pasti mengejutkan, anda juga tidak perlu membazirkan wang untuk membeli peralatan baharu.

Kulit lemon digunakan sebagai bahan utama campuran.

Kulit lemon digunakan sebagai bahan utama campuran.

Cara-cara

1. Ambil kulit lemon atau limau nipis dan potong kepada saiz lebih kecil.

2. Kisarkannya bersama satu cawan air dan tapis supaya dapat mengasingkan hampasnya.

3. Tambahkan satu sudu baking soda dan garam. Kacau supaya kesemua bahan larut.

4. Masukkan juga satu sudu sabun cuci jenis serbuk dan setengah cawan alkohol. Dah siap!

Semburkan ke dalam sinki dan gosok dengan span supaya kelihatan bersih.

Semburkan ke dalam sinki dan gosok dengan span supaya kelihatan bersih.

Larutan tadi boleh disimpan di dalam botol dan digunakan secara terus seperti sabun pembersih yang lain.

Bukan sahaja menjimatkan masa, anda juga tidak perlu menyental teruk dan sinki yang kusam kelihatan seperti baru.

Cecair tersebut boleh digunakan untuk membersihkan lantai mahupun dinding dan tingkap ya.

Seluruh rumah akan berbau wangi dan berkilat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain