suria

Kereta dah tak ‘pickup’, asyik semput... Ambil tahu 4 perkara ini sebelum ke bengkel, elak kena tipu!

Servis kenderaan perlu dilakukan secara berkala.

PEMANDUAN yang tidak lancar dan asyik 'semput' pastinya merunsingkan terutama selepas tempoh jarak kenderaan sudah melebihi 100,000 kilometer (KM).

Penyelenggaraan pula dibuat mengikut jarak tempoh yang ditetapkan mekanik.

Apa yang membimbangkan adalah tersalah jumpa 'doktor' kerana anda pastinya akan dikenakan caj tinggi.

Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, apa kata anda periksa empat perkara ini terlebih dahulu seperti yang disarankan Hilal Autocare Sdn Bhd.

Pembersihan perlu dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pembersihan perlu dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan.

1. Servis dan cuci throttle body

Merupakan salah satu komponen yang ada pada kenderaan dan bekerja sebagai penyalur udara ke ruang pembakaran bagi membantu proses pembakaran bahan bakar mesin.

Habuk kotor yang melekat padanya akan mengganggu aliran udara bersih dari luar ke dalam enjin sekali gus menyebabkan pembakaran kurang efektif dan penggunaan bahan api yang tinggi.

Penapis yang berhabukdan sudah hitam perlulah ditukar.

Penapis yang berhabukdan sudah hitam perlulah ditukar.

2. Penapis udara

Air filter adalah perkara paling asas sekali dalam pengendalian kenderaan.

Bahkan ia boleh dibuat sendiri di rumah.

Bayangkan jika penapis dah kotor, pastinya udara pun susah nak tembus masuk.

Kebanyakan pemilik kereta menggunakan jenis tembaga.

Kebanyakan pemilik kereta menggunakan jenis tembaga.

3. Spark plug

Merupakan komponen penting untuk hasilkan percikan api bagi menyalakan campuran bahan api dan udara dalam enjin.

Apabila plug terlalu banyak karbon, api yang dihasilkan menjadi kurang 'cantik'.

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis spark plug iaitu jenis tembaga, platinum dan iridium yang mana setiapnya perlu ditukar mengikut tempoh perjalanan.

Tembaga perlu ditukar setiap 20,000km, platinum (60,000km) dan Iridium (100,000km).

Penapis petrol sering digunakan untuk tempoh yang lama.

Penapis petrol sering digunakan untuk tempoh yang lama.

4. Penapis petrol

Dikenali sebagai fuel filter, ia perlu ditukar setiap 80,000km kerana kotoran yang terdapat padanya menjadi salah satu punca kereta sering semput.

Semakin lama dibiarkan, ia akan memberi kesan kepada pam minyak dalam enjin kereta anda.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ini, pemanduan anda bukan sahaja lebih lancar malah mencapai kelajuan yang sepatutnya.

Paling penting, penggunaan minyak juga lebih jimat dan kereta mendapat pickup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain