suria

Dinding rumah tiba-tiba ‘bercorak’, diserang anai-anai... DIY racun guna 3 bahan ini, selesai masalah!

Rumah batu turut diserang anai-anai.

KEHADIRAN busut pastinya membimbangkan pemilik rumah, sama ada kediaman jenis batu mahupun kayu.

Ia petanda bahawa kawasan tersebut mempunyai anai-anai iaitu serangga kecil yang makan struktur binaan kayu dan mengancam tanaman.

Sarangnya juga dapat dibina di atas permukaan dinding.

Jika anda mendapati anai-anai masih ada walaupun busutnya telah diratakan, cuba ikuti langkah-langkah yang dikongsikan warga maya ini.

Sarang anai-anai akan meninggalkan kesan pada dinding dan rumah.

Sarang anai-anai akan meninggalkan kesan pada dinding dan rumah.

1. Ratakan busut terlebih dahulu.

2. Korek bahagian tanah yang menjadi tapak busut berkenaan.

3. Jika terdapat anai-anai, semburkan racun serangga terlebih dahulu.

4. Kemudian bancuhkan tiga botol cecair peluntur bersama tiga kilogram garam kasar.

5. Tuang kesemua campuran berkenaan di dalam lubang dan kawasan sekelilingnya.

Bukan sahaja busut hilang, anai-anai pasti tidak kembali. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain