BAHAN yang menghasilkan warna seperti kunyit, kopi mahupun teh memang mudah melekat pada cawan, pinggan dan mangkuk jenis tembikar serta plastik meskipun baru beberapa kali digunakan. Langkah 'popular' iaitu mencuci dengan air panas, merendam dalam larutan pencuci dan menyental menggunakan berus dawai bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Disebabkan itu, kebanyakan golongan ibu sering mengasingkan pinggan, mangkuk serta set cawan untuk para tetamu supaya sentiasa kelihatan bersih dan baru. Jika anda mengalami masalah tersebut, cubalah cara Petua Emak ini, pasti menjadi! Cawan yang digunakan untuk kopi akan mempunyai kesan 'berkerak'. Bahan-bahan 1. Baking soda 2. Cuka 3. Pencuci pinggan mangkuk Cara-cara 1. Masukkan satu sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor. 2. Tuang dua sudu cuka ke dalam bekas tersebut. 3. Kemudian isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk. 4. Tambahkan air panas dan kacau hingga sebati. Rendaman dalam larutan yang dihasilkan dapat menghilangkan kesan kotoran dengan mudah. 5. Biarkan selama 10 minit. 6. Sental cawan atau mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda. Bagi kotoran yang terlalu degil, rendamlah semalaman bersama baking soda dan cuka. Tak perlu lagi asingkan set untuk tetamu ya! Bolehlah cuba tip ini untuk meraikan lebaran nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube