suria

Tengah cari idea nak ‘makeover’ kediaman? Ini lima warna yang diramal jadi trend pada 2024

Rumah yang berwarna harmoni akan memberi aura positif pada penghuninya. -Gambar hiasan The Star

TAHUN 2023 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Sama ada sudah menjalani kehidupan dengan baik dan mencapai impian yang dihajati sepanjang tahun ini atau tidak, anda perlu bersedia untuk melangkah ke 2024.

Bagi anda yang bersedia, pelbagai perkara pastinya sudah dirancang termasuk make over rumah supaya dapat memberikan aura baharu kepada penghuninya.

Anda yang masih mencari-cari warna tema untuk kediaman, ini lima pilihan yang diramalkan bakal menjadi trend sepanjang tahun 2024.

Warna memainkan peranan penting pada keluasan ruang. -Gambar hiasan The Star

Warna memainkan peranan penting pada keluasan ruang. -Gambar hiasan The Star

1. Kombinasi warna gelap yang bergaya

Di hujung spektrum yang bertentangan, warna yang sedikit gelap akan memainkan peranan penting dalam mengimbangi rona terang pada tahun hadapan.

Gabungan warna daripada coklat kepada coklat pekat dan hitam memberi kesan keharmonian pada ruang selain menjadikannya tampak luas.

Anda memerlukan kontras itu untuk memberi ketegasan pada ruang dan pada masa sama menenangkan keadaan.

Penggunaan warna gelap dan terang membuatkan ruang kelihatan lebih luas. -Gambar hiasan The Star

Penggunaan warna gelap dan terang membuatkan ruang kelihatan lebih luas. -Gambar hiasan The Star

2. Kepelbagaian rona biru

Biru merupakan salah satu warna yang berjaya mengekalkan populariti kerana hubungan semula jadinya dengan alam.

Untuk tahun depan, kebanyakan masyarakat ingin mewujudkan ruang yang tenang dan selesa dengan menggunakan warna yang sangat cantik, lembut serta 'berangin'.

Ada juga yang memilih Blue Nova iaitu warna langit yang menggabungkan garis antara ungu dan biru, anda yang menggunakan warna ini akan merasa tenang seolah-olah berada di awang-awangan.

3. Gabungan pink dan merah

Ramai yang meramalkan warna merah jambu akan terus meningkat dalam populariti kerana berasa nostalgia dan optimistik.

Rona merah jambu dan pink lembut ini juga akan kekal sebagai bahan ruji seperti yang dibuktikan oleh syarikat cat dan kertas dinding Britain, Little Greene, yang mengumumkan Masquerade neutral merah jambu lembut sebagai warna tahun ini.

Pic merah jambu yang sinonim dengan gaya romantik itu juga dikatakan akan mendominasi tahun 2024, sebagai peringatan untuk menikmati kebersamaan antara satu sama lain.

Penggunaan warna oren akan menyerikan lagi ruang tamu. -Gambar hiasan

Penggunaan warna oren akan menyerikan lagi ruang tamu. -Gambar hiasan

4. Kuning dan oren berkilat

Tidak kurang juga yang meramalkan warna kuning dan oren akan menjadi warna trend untuk 2024.

Lebih menarik apabila dua warna itu digabung bersama dan diterjemahkan pada tekstil, barang kemas mahupun laman.

Malah ada yang menyatakan warna Apricot Crush akan menguasai industri fesyen tahun hadapan.

5. Hijau bumi

Warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi membangkitkan kualiti yang menenangkan yang kebanyakan orang rasa selesa.

Rasa segar dan memupuk inilah yang memberi inspirasi kepada jenama British Graham dan Brown untuk menamakan warna hijau midtone, Viridis sebagai warna mereka tahun depan.

Bersama-sama dengan rona tanah, hijau gelap juga diramalkan akan membuat 'percikan' pada tahun akan datang. - Veranda

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain