suria

Mitos atau fakta kereta cepat rosak jika isi minyak tanpa matikan enjin? Fahami logiknya dulu

Saranan matikan enjin sewaktu isi minyak adalah untuk tujuan keselamatan. - -Gambar hiasan The Star

BETUL atau tidak kereta akan cepat rosak jika enjin tidak dimatikan sebelum isi minyak?

Sesiapa sahaja pasti akan berasa bimbang dengan kondisi kenderaan masing-masing selepas dimaklumkan tentang perkara tersebut, maklumlah kos untuk baik pulih bukannya murah.

Tampil menjawab persoalan berkenaan, pengguna laman X, Aid Fawzal atau Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal yang merupakan pakar automotif dan pencipta kuantiti saintifik Fawzal Number (Fa) berkata, arahan yang tertera di setiap stesen minyak adalah disebabkan petrol merupakan bahan api.

“Tak rosak pun enjin (kereta) kalau tak matikan masa isi minyak.

“Arahan untuk tutup enjin masa isi, atas dasar keselamatan. Supaya kita dapat elakkan kebakaran,” ujarnya.

Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa mengisi minyak petrol. -Gambar hiasan The Star

Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa mengisi minyak petrol. -Gambar hiasan The Star

Menurut Aid Fawzal, jika enjin dibiarkan menyala, kemungkinan untuk berlakunya kebakaran adalah tinggi.

Jelas beliau, ia disebabkan terdapat komponen berhaba daripada enjin yang masih hidup termasuk sistem elektrik dan elektronik yang boleh berlaku spark.

“Jadi lebih baik tutup enjin tu. Tak lama pun isi minyak dan selepas selesai isi, nyalakanlah balik enjin.

“Apalah sangat bertahan panas sekejap jika dengan kebakaran berlaku, lagi besar kerugiannya,” jelasnya lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain