suria

Naik geli tengok kulat dan kulapuk penuh almari... Tiba masa ‘audit’ barang dalam bilik, tuala basah tak boleh!

Kehadiran kulat disebabkan ruangan tidak mempunyai pengudaraan yang sempurna. -Gambar FB Nur Liyana Hassan

KEBERSIHAN sangat berhubung kait dengan kesihatan.

Memandangkan kebanyakan masa kita dihabiskan di dalam bilik, adalah penting untuk memastikan suasana tempat tidur dan tempat berehat sentiasa bersih, kemas dan memiliki pengudaraan yang baik.

Tahukah anda, ruang tanpa pengudaraan yang baik akan mengundang pelbagai masalah di mana habuk serta kulat dan kulapuk mula tumbuh di dinding mahupun perabot.

Secara tidak langsung, kewujudan 'parasit' ini akan merisikokan kesihatan penghuninya dalam jangka masa yang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulat di perabot mungkin punca anak tak sihat! Cuci bukan penyelesaian, cuba guna 4 kaedah ini

Ramai yang berdepan dengan situasi seperti ini biasanya akan mencuci dan mengelap perabot di samping menggunakan penyembur sanitasi.

kulat 2

Kewujudan 'parasit' ini akan merisikokan kesihatan penghuninya dalam jangka masa yang panjang. -Gambar FB Nur Liyana Hassan

Namun kaedah sedemikian tidak akan menghapuskan kesan kulat sepenuhnya, bahkan ia akan kembali tumbuh selepas beberapa hari dicuci.

Kini anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan masalah kulat di dalam bilik.

Apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Rahmah Rahman di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini:

1) Pastikan setiap hari bilik diberi pengudaraan yang baik, tingkap dibuka, biarkan cahaya matahari masuk, buka pintu bilik.

2) Gunakan penapis udara di mana kaedah ini benar-benar membantu.

3) Kurangkan perabot di dalam bilik.

4) Pastikan tuala basah tidak dibiarkan bergantung di dalam bilik.

tuala

Elakkan menggantung tuala basah atau lembap di dalam bilik.

5) Letak arang di beberapa sudut. Arang berfungsi untuk menyerap bau busuk dan kelembapan.

6) Gunakan cecair disinfeksi untuk membersihkan perabot yang ditumbuhi kulat.

7) Elakkan guna perabot gelap.

8) Lebih mudah, beli bahan penyerap lembapan yang banyak dijual di kedai seperti 'Thirsty Hippo' dan letakkan di dalam almari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain