suria

Masalah bintik hitam pokok kari boleh selesai dengan cara buang semua daun, kemudian buat 2 langkah penting ini

Bintik hitam merupakan 'penyakit' yang biasa menyerang pokok kari. -Gambar Facebook Berkebun D Rumah

BAGI mereka yang rajin memasak, sudah pasti di sekeliling rumah wajib ada tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai rencah dalam masakan.

Salah satunya adalah pokok kari yang biasanya digunakan bukan sahaja untuk memasak kari atau gulai, tetapi juga digunakan untuk hidangan seperti 'butter milk chicken', ayam goreng berempah dan sebagainya.

Namun begitu, antara masalah yang biasa dihadapi oleh pokok kari adalah daun-daunnya mudah diserang penyakit 'bintik hitam'.

ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan liar ceroboh kebun? Halau saja guna bancuhan kapur barus, ikut langkah mudah ini

Penyakit ini akan membuatkan daun kari yang merimbun bertukar menjadi botak dan akhirnya mati.

Pasti ramai yang pernah berdepan dengan situasi seperti ini bukan?

Jadi apa kata anda cuba petua hasil perkongsian Nursyarha MH di laman Facebook Berkebun D Rumah untuk dijadikan panduan bersama.

1. Buang atau togelkan semua daun yang dijangkiti bintik hitam ini. Jika dibiarkan, ia akan menjangkiti daun-daun di dahan yang lain.

kari 2

Bahan buangan sisa dapur boleh dijadikan siraman untuk daun kari. -Gambar hiasan/mStar

2. Kemudian, siram pokok kari seperti biasa. Boleh siram dengan menggunakan air beras, air basuhan ikan atau udang, kulit telur, air sisa kopi, kulit bawang dan sebagainya. Bahan-bahan ini bertindak seperti baja.

3. Tanam tiga ulas bawang putih yang diketuk di dalam tanah tempat tanaman pokok kari. Ia berfungsi untuk mengelakkan kehadiran serangga dan ulat.

4. Boleh juga taburkan sisa kayu pensel yang diasah. Sama seperti bawang putih, ia juga berfungsi mengelakkan kehadiran serangga yang tidak menggemari bau kedua-dua bahan tersebut.

5. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.

6. Selepas sebulan, hasilnya daun pokok kari anda akan semakin lebat. Pada fasa ini, anda boleh juga gunakan racun semburan organik untuk menjaga pokok kari daripada serangan serangga.

Cubalah sendiri untuk melihat keberkesanannya... pasti puas hati lihat pokok kari makin merimbun. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain