suria

Idea kabinet dapur DIY tak sampai RM300... Hanya guna 4 bahan je, tapi hasilnya memang wow!

Gambar sebelum dan selepas pemasangan kabinet DIY. -Gambar Facebook Dayana Syafiqah

BAHAGIAN dapur merupakan salah satu ruang yang terpenting bagi setiap kediaman.

Ini kerana di situlah persiapan hidangan dilakukan ataupun menjadi tempat berkumpulnya sebuah keluarga bagi mengeratkan silaturrahim sambil menjamu selera.

Memiliki dapur yang kemas dan teratur dapat memberi semangat buat si isteri menyediakan juadah buat keluarga tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kreatif! Wanita DIY kabinet dapur guna meja lipat... Kemas dan nampak mewah, tak sangka kos kurang RM500

Namun begitu, kos untuk membuat kabinet dapur bukanlah kecil.

Usah risau, apa kata anda merealisasikan untuk memiliki kabinet dapur idaman sebagaimana idea yang dikongsikan oleh Dayana Syafiqah.

Yang penting, projek kabinet dapur DIY ini hanya memerlukan kos kurang daripada RM300 untuk saiz 6 kaki x 8 kaki.

kabinet 4

Antara bahan yang digunakan.

Bahan yang digunakan:

1. Railing langsir - sekaki berharga sekitar RM1.20

2. Impra board - boleh beli di kedai buku atau Shopee.

3. Gam Maxbond

4. Gergaji besi untuk potong railing langsir

Cara-caranya:

1. Potong impra board dan railing mengikut ukuran yang sesuai.

2. Lekatkan railing atas dan bawah table top menggunakan gam.

kabinet 3

Railing langsir yang berperanan menjadi penghadang dan landasan.

3. Apabila gam railing sudah kering, masukkan impra board pada 'landasan' railing

4. Lekatkan juga railing di bahagian tepi impra board untuk mengukuhkannya.

5. Pasang stoper di hujung railing untuk keselamatan.

6. Kabinet dapur siap dan sedia digunakan. Jika anda mahu lekatkan pemegang pun boleh.

kabinet 2

Hasilnya dapur kelihatan lebih kemas.

Automatik dapur anda kelihatan lebih kemas dan tidak 'terlopong' seperti sebelum ini.

Barang-barang masakan dan perkakas memasak juga tersimpan rapi dan selamat daripada 'dihinggapi' serangga. Selamat mencuba!!!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain