suria

Seronok dapat bina rumah atas tanah sendiri... Tapi jangan gelojoh, ambil tahu 12 ‘pantang larang’ sebelum menyesal

Selain bajet, rekaan sesebuah rumah juga adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan- Gambar hiasan/The Star

SETIAP individu pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman, lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga.

Boleh dikatakan, ketika ini ramai yang cenderung untuk membina rumah di atas tanah sendiri disebabkan faktor-faktor tertentu seperti ingin berada dekat bersama ibu bapa atau mahu melakar dan mereka konsep kediaman sendiri.

Namun begitu, dalam proses membina rumah idaman, ramai yang terlepas pandang beberapa aspek penting yang akhirnya menyebabkan kerugian apabila terpaksa diubah suai semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la orang Cina jarang renovate, deko rumah... Tapi suka menabung untuk pendidikan, melancong dan makan sedap!

Bagi anda yang merancang untuk membina kediaman sendiri, di sini terdapat 12 'pantang larang' yang perlu anda ambil perhatian, sebagaimana perkongsian Idea Deko Rumah:

1. Tak perlu buat wainscoting. Ini kerana ia merupakan design yang bakal beralih zaman seperti wallpaper. Selain itu ia juga mudah memerangkap habuk dan tahi cicak

2. Pintu utama jangan menghala ke jalan untuk menjaga privasi keluarga.

3. Rumah jangan rendah sangat. Biar kecil tapi tinggi. Secara tidak langsung akan beri effect sejuk.

4. Pastikan buat lubang pada table-top, ia membuatkan dapur kelihatan kemas tanpa wayar-wayar perkakas elektrik yang berselirat.

Construction worker seen carrying out renovations work at a house in Kuala Lumpur city centre. Pictures for Metrodesk's renovation story. — YAP CHEE HONG/The Star

Kesilapan membuat rekaan serta ukuran yang betul akan menyebabkan kerugian. -Gambar hiasan/The Star

5. Pastikan bawah sinki ada punca paip air khas untuk penapis air, jadi paip sinki yang digunakan untuk mencuci dan memasak tidak terganggu dengan paip penapis air.

6. Pastikan ketinggian table-top sesuai dengan ketinggian kita. Tempat untuk memasak juga perlu rendah 5 inci dari pinggang supaya mudah untuk memasak.

7. Pastikan sistem kumbahan dan perparitan jadi keutamaan.

8. Pastikan buat kabinet bertutup. Automatik dapur akan jadi kemas.

9. Buat suis di setiap kawasan dan bersusun rapat, bukan sepah-sepah. Perlu banyak punca elektrik supaya tak sambung-sambung soket.

10. Jangan ada lantai berlainan aras. Buat lantai sama aras daripada depan, bilik hinggalah dapur. Ini sangat memudahkan apabila kita tua kelak

11. Menggunakan satu atau dua tona cat yang hampir sama di dinding. Ini kerana tona yang berbeza-beza hanya membuatkan ruang kelihatan sempit.

12. Apa pun yang paling penting, periksa dengan teliti batu sempadan sebelum mendirikan kediaman anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain