KASUT putih sememangnya lebih mudah kotor lebih-lebih lagi apabila terkena habuk atau debu tanah. Jika kasut putih dibasuh mengambil masa lama, pastinya melecehkan. Walaupun susah untuk mengekalkan kebersihannya, ia tetap menjadi kasut kegemaran dan selesa dipakai selalu. Jangan risau, melalui satu hantaran di laman X @madermn, ada dikongsikan cara mudah dan cepat untuk membersihkan kasut putih tanpa memerlukan air! Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya. Bahan-bahan yang diperlukan: 1) Cuka makan 2) Serbuk penaik Langkah-langkah: 1) Campurkan satu sudu cuka makan bersama dua sudu serbuk penaik dalam satu bekas. 2) Kacau sehingga sebati bahan ini, kemudian gosok pada bahagian kasut yang ada kotoran. Boleh guna berus gigi. Berus sehingga kotoran hilang. 3) Apabila kesan kotoran hitam hilang, jangan cuci menggunakan air, sebaliknya hanya lap dengan tisu. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube