suria

Tak payah bazir tenaga angkat tilam untuk cuci, anda boleh terus buat ‘kerja’ dari bilik tidur!

Teknik mudah untuk mencuci tilam yang kotor.

SAIZ tilam yang besar tentunya selesa digunakan tetapi sukar dicuci dengan cara biasa.

Antara kotoran yang menjadi igauan ngeri adalah tompokan darah daripada wanita datang haid yang mengalami kebocoran serta kesan najis daripada anak yang terkucil malam atau mereka yang cirit-birit.

Dalam situasi sedemikian, banyak tenaga yang diperlukan sekiranya hendak mengangkat tilam yang besar keluar dari katil untuk dicuci dan dijemurkan.

Oleh itu, jangan bimbang kerana terdapat cara mudah untuk anda terus mencuci tilam dari bilik tidur.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Cecair pencuci lantai

2) Sabun pencuci pakaian

3) Soda bikarbonat

4) Tuala bersih

5) Penutup periuk

Gaul bahan pencuci dalam satu bekas.

Langkah-langkah:

1) Sediakan satu bekas besar.

2) Tuang satu cawan cecair pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.

4) Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.

Guna penutup periuk untuk membantu menggosok tilam.

5) Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.

6) Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosok pada kawasan tilam yang kotor.

7) Ulang langkah lima dan enam beberapa kali sehingga kesan kotor pada tilam tidak lagi kelihatan.

8) Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk pengudaraan agar permukaan tilam cepat kering. - Learn to cook

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain