SEMESTINYA tepat tomato dijadikan bahan penyedap rasa dalam masakan, selain banyak khasiatnya. Bagi sesetengah orang, mereka kurang menggemari tomato kerana kulitnya yang membantutkan selera. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengupas kulit tomato terlebih dahulu. Namun begitu, tugas mengupas tomato boleh menjadi sedikit renyah dah memakan masa. Kebiasaannya mereka di dapur akan mengambil tomato dan terus mengupasnya menggunakan garpu. Nanti dulu, sebenarnya terdapat satu trik yang ramai terlepas pandang. Melalui perkongsian di TikTok oleh Jason, teknik rahsia didedahkan untuk memudahkan proses mengupas tomato. Demonstrasi mengupas tomato dengan mudah. Jom ikuti satu-persatu caranya: 1) Potong bahagian atas tomato. 2) Masukkan tomato ke dalam air panas sehingga terendam sepenuhnya. 3) Biarkan tomato di dalam air panas selama satu minit. 4) Kini kulit tomato akan menjadi lebih lembut untuk dikupas, malah anda boleh tarik sendiri menggunakan tangan! Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube