suria

Nak bercucuk tanam ada harinya, ikut cara orang tua dulu jadikan tanaman subur

Proses penjagaan tanaman memerlukan kemahiran dan pengetahuan. -Gambar hiasan (kanan)

PASTI anda pernah terdengar perkataan 'tangan hijau', merujuk kepada mereka yang bercucuk tanam dan mampu membuahkan hasil yang banyak.

Mereka yang tangan hijau ini kebiasaannya dalam kalangan golongan berumur, setiap yang ditanam 'menjadi'.

Apakah rahsianya?

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Wadi Idris, terdapat tip daripada bapanya bagi membantu mendapatkan tanaman yang subur.

Menurut Wadi, bapanya menaman pokok dengan melihat kepada hari dalam kalendar Islam, setiap hari itu mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut pokok yang tertentu.

1) Satu hari bulan - hari akar

Sesuai untuk menanam pokok yang berakar seperti ubi keledek, ubi keladi dan ubi kayu.

2) Dua hari bulan - hari batang

Sesuai untuk menanam pokok yang berbatang seperti tebu dan serai.

3) Tiga hari bulan - hari daun

Sesuai untuk menanam pokok yang berdaun seperti sawi, bayam dan kangkung.

4) Empat hari bulan - hari buah

Sesuai untuk menanam pokok yang berbuah seperti rambutan, mangga dan ciku

Selepas tamat hari keempat, boleh ulang semula daripada awal. Contoh kitarannya adalah seperti ini, lima Zulkaedah dikira sebagai hari akar, enam Zulkaedah pula hari batang dan seterusnya.

Selain mengikut perhitungan hari dalam kalendar Islam, Wadi juga menekankan kepentingan untuk mempunyai benih yang berkualiti, penjagaan yang rapi dan baja yang mencukupi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain