suria

Tak sia-sia cuba petua ini, memang habuk susah melekat pada perabot!

Teknik untuk menghalang perabot daripada cepat kotor.

KOMITMEN untuk mengemas dan membersihkan rumah memerlukan kerajinan yang berterusan.

Namun pastinya lelah diri ini apabila melihat perabot seperti sofa dan kabinet yang baru dilap kembali berhabuk dalam hanya beberapa hari selepas itu.

Namun jangan risau, melalui perkongsian @wawadels di laman TikTok, ada dikongsikan petua untuk menghalang habuk daripada cepat melekat pada perabot iaitu melalui kaedah semburan.

Cukup mudah caranya, ayuh kita lihat! Selepas ini anda tidak perlu lagi kerap membersihkan habuk di rumah.

Petua yang dikongsikan @wawadels.

Bahan-bahan:

1) Cecair pelembut pakaian

2) Air paip

Langkah-langkah:

1) Sediakan satu penutup cecair pelembut pakaian dan juga satu liter air.

2) Kemudian campurkan kedua-dua bahan ini ke dalam botol semburan.

Goncangkan agar bahan menjadi sebati.

3) Sembur pada perabot, meja, rak dan perkakas rumah yang bersesuaian.

Kemudian lap menggunakan kain bersih dan biarkan kering.

Cara ini boleh mengelakkan habuk daripada cepat melekat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain